PASAREKA platform pereka kreatif Kraftangan Malaysia ekspresi karya - Utusan Malaysia

PASAREKA platform pereka kreatif Kraftangan Malaysia ekspresi karya

KHAIRUL Hafizi Naharuddin melawat gerai pameran dan jualan ukiran kayu di program PASAREKA 2021 di Kompleks Kraf Langkawi, semalam. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Program PASAREKA 2021 yang berlangsung di Kompleks Kraf Langkawi di sini selama tiga hari bermula Ahad lalu di sini menjadi platform bagi pereka kraftangan Malaysia untuk mengekspresikan karya mereka melalui aktiviti pembangunan dan kajian produk kraf.

Pengarah Seksyen Rekaan Bahagian Rekaan dan Penyelidikan Kraftangan Malaysia, Khairul Hafizi Naharuddin berkata, program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Kraftangan Malaysia itu menghimpunkan aktiviti berkaitan dengan industri reka bentuk merangkumi pameran dan jualan produk baharu, perbincangan tentang rekaan dan teknik penghasilan.

“Ianya juga satu aktiviti membudayakan nilai reka bentuk kepada produk yang dihasilkan dan memberi pendedahan kepada umum tentang peranan serta kepentingan idea dan kreativiti melalui pameran, jualan, pengembangan ilmu dan kerjasama pintar.

“Selain itu, ia membantu meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap peranan dan kepentingan reka bentuk baharu serta kajian terhadap produk kraf serta mengetengahkan produk kraf Malaysia melalui reka bentuk produk, reka corak dan kepelbagaian fungsi produk bersegmen,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa lawatan media di program PASAREKA 2021 di Kompleks Kraf Langkawi di sini semalam. Turut hadir di program itu adalah Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Muhamad Razib Saruddin.

Menurutnya, program PASAREKA 2021 menyasarkan golongan pereka dalaman dan luaran, usahawan kraf tempatan dan penggiat seni muda yang mempunyai jenama dan pasaran sendiri, pelajar-pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi, orang awam dari jabatan kerajaan dan swasta serta usahawan serta peniaga yang berminat dengan penggunaan produk kraf sebagai elemen hiasan dalaman dan gaya hidup.

“Program tersebut juga secara tidak langsung menyokong usaha kerajaan dalam memperkenalkan produk kraf sebagai cenderamata kepada pelancong dalam dan luar negara serta tetamu negara,” ujarnya.

Khairul Hafizi menambah, pelaksanaan program itu dipenuhi pelbagai aktiviti seperti pameran kajian dan teknikal, pameran designer highlights, jualan kraf, forum pereka dan makmal rekabentuk produk.

Jelasnya, aktiviti lain eksplorasi kraf (Ekspresi@Adiguru Wau Bulan), bengkel pereka, interaktif kraf (Kraf Seramik – teknik picit cubit dan Busana Tradisional), designer market, pocket show dan busking, demonstrasi masakan kuih tradisional serta aktiviti kolaborasi Kepakaran.

Selain itu, program PASAREKA 2021 turut mengetengahkan Makmal Penghasilan Rekaan Motif Batik Keluarga Malaysia.

“Program PASAREKA ini juga akan diteruskan di program Komuniti Kraf Keluarga Malaysia pada 1 hingga 6 Disember nanti bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya