PETALING JAYA: Zurich Malaysia mengumumkan pelantikan Nazrul Hisham Abd. Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zurich Takaful Malaysia Berhad (Zurich Takaful) berkuat kuasa serta merta. Nazrul merupakan CEO bagi Zurich General Takaful Malaysia Berhad (Zurich General Takaful) sebelum bertukar ke peranan baharu di Zurich Takaful. Beliau menggantikan Mukesh Dhawan yang telah meletak jawatan dan pengganti beliau bagi perniagaan takaful am akan diumumkan kelak. Tanggungjawab baharu Nazrul adalah termasuk menerajui keutamaan…










