KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi tempoh tiga tahun sehingga 2024, sebagai inisiatif bersama dalam meningkatkan keupayaan dan kemampanan kontraktor bumiputera. Menerusi MoU itu, CIDB akan menyediakan program pembangunan Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang berstruktur dan komprehensif dalam membangunkan rantaian bekalan IBS. Manakala, MARA akan menyediakan latihan keusahawanan dari segi pengurusan, kewangan dan pemasaran, selain memberi khidmat nasihat,…










