Malaysia turut serta dalam Projek Nexus - Utusan Malaysia

Malaysia turut serta dalam Projek Nexus

1mdb
MPC memutuskan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas setelah mengambil kira prospek pertumbuhan dalam negara yang terus berdaya tahan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) akan bekerjsama dengan rakan-rakan kongsi antarabangsa tentang dalam pembuktian konsep untuk menurunkan kos dan mempercepat pembayaran rentas sempadan.

Menurut BNM, dikenali sebagai Projek Nexus, pembuktian konsep ini akan mengkaji kebolehlaksanaan untuk menghubungkan sistem pembayaran masa nyata di Malaysia, Singapura dan kawasan euro.

Projek ini jelasnya, akan membolehkan pelanggan menghantar dan menerima pembayaran rentas sempadan dengan serta-merta dan selamat.

“Dapatan kajian yang dijangka diterbitkan menjelang akhir 2022 akan membantu membangunkan satu rangkaian sistem pembayaran masa nyata global pada masa hadapan bagi membolehkan pembayaran rentas sempadan menjadi lebih pantas dan lancar.

“Prototaip yang akan dibangunkan di bawah pembuktian konsep ini belum boleh digunakan oleh orang ramai buat masa ini,” katanya dalam kenyataan.

Penolong Gabenor BNM, Fraziali Ismail berkata, Projek Nexus adalah suatu langkah positif untuk pembayaran rentas sempadan.

“Penyertaan kami dalam Projek Nexus menggariskan komitmen Malaysia untuk memperteguh infrastruktur pembayaran utama negara demi masa hadapan,” katanya.

Kata beliau, berlandaskan kejayaan daripada jalinan pembayaran dua hala dengan negara-negara ASEAN lain, inisiatif ini akan membuka jalan kepada RPP/DuitNow untuk berhubung dengan sistem pembayaran masa nyata yang lain di seluruh dunia.

“Usaha ini akan menyokong aspirasi bagi membolehkan sistem pembayaran rentas sempadan menjadi lebih pantas, murah dan mudah diakses kepada penduduk Malaysia,” tambah beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser pula berkata, RPP/DuitNow merupakan infrastruktur utama untuk memacu pembayaran tanpa tunai dan pendigitalan di Malaysia.

“Kami mengunjurkan kira-kira RM1 bilion pembayaran masa nyata akan dibuat di Malaysia pada 2021. Projek Nexus memberi kami peluang yang unik untuk menyumbang kepada reka bentuk infrastruktur pembayaran generasi masa depan yang teguh. Penglibatan kami akan memastikan Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk
memanfaatkan hasil daripada projek ini,” katanya.

Menurut BNM, Projek Nexus yang diketuai oleh Bank for International Settlements (BIS) Innovation Hub adalah sejajar dengan G20 Roadmap for Enhancing Cross-border Payments.

Katanya, rakan kongsi antarabangsa lain dalam projek ini ialah Banca d’Italia, Monetary Authority of Singapore (MAS) dan Banking Computer Services Pte. Ltd. (BCS).

Tambahnya, penyertaan Malaysia dalam Project Nexus melengkapkan usaha sedia ada negara dalam menghubungkan RPP/DuitNow2 dengan sistem pembayaran masa nyata lain di rantau ASEAN.

“Jalinan pembayaran antara Malaysia dengan Thailand yang dilancarkan pada Jun 2021 membolehkan pembayaran rentas sempadan masa nyata menggunakan kod QR antara kedua-dua negara.

“Perkhidmatan yang dipermudahkan oleh jalinan ini akan diperluaskan lagi pada 2022 untuk menyokong pindahan dana masa nyata dengan hanya menggunakan nombor telefon mudah alih.

“Usaha juga sedang giat dijalankan untuk mewujudkan jalinan pembayaran yang sama dengan Indonesia dan Singapura yang masing-masing akan dilancarkan pada penghujung 2021 dan 2022. Peningkatan kesalinghubungan antara negara melalui jalinan pembayaran ini akan menjadi pendorong untuk menyokong integrasi ekonomi
dan kewangan serantau yang lebih rapat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN