fbpx

MAHB, Yayasan Kasih bantu 860 individu golongan B40

MAJLIS penyerahan bantuan oleh MAHB kepada golongan memerlukan di Kota Warisan, Sepang, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyalurkan bantuan berjumlah RM430,000 kepada 860 penerima daripada golongan B40 menerusi inisiatif #MYAirportCARES.

Usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan kerjasama Yayasan MyKasih itu me­nyasarkan komuniti setempat, dengan setiap seorang menerima bantuan berjumlah RM500 yang disalurkan secara berkala dari Oktober sehingga Disember bagi pembelian barang keperluan asas di pasar raya terpilih.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, pihaknya sentiasa menitikberatkan kebajikan komuniti setempat memandangkan pandemik semasa memberi kesan kepada komuniti terutamanya warga kerja lapangan terbang itu sendiri.

“Hasil kerjasama bersama Yayasan MyKasih telah berjaya meringankan beban mereka yang terkesan tanpa me­ngira bangsa dan agama. Kami berharap dengan pemulihan ekonomi negara secara beransur ini akan dapat memberi semangat baru kepada mereka,” katanya dalam majlis penyerahan replika cek di KIPMall Kota Warisan, Sepang, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan MyKasih, Tan Sri Dr. Ngau Boon Keat berterima kasih kepada MAHB kerana bekerjasama meringankan beban keluarga yang terkesan akibat wabak Covid-19.

“Kami berharap banyak lagi sektor korporat akan bergan­ding bahu dalam memastikan kesejahteraan komuniti setempat, sejajar dengan visi dan misi MyKasih iaitu Creating Loving & Caring Neighbourhoods,” jelasnya. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN