SINGAPURA: Saham-saham Asia dalam prestasi tidak menentu semalam, dengan syarikatsyarikat Jepun mendapat lonjakan pascapilihan raya manakala data yang lemah di China memberikan kesan yang pelbagai menjelang mesyuarat dasar di Amerika SYarikat (AS), Britain dan Australia yang akan menentukan unjuran kadar.
Indeks Nikkei meningkat 2.3 peratus kepada catatan tertingginya dalam sebulan selepas Perdana Menteri, Fumio Kishida dari Parti Demokratik Liberal (LDP) mencipta kejutan dalam pilihan raya negara itu.
Parti pimpinan Kishida menang dengan selesa, meningkatkan harapan untuk kestabilan dan pakej rangsangan dalam penggal pemerintahannya.
Dagangan di negara agak lembut dengan indeks penanda aras Asia Pasifik MSCI di luar Jepun merosot 0.4 peratus disebabkan penjualan di Hong Kong selepas data hujung minggu menunjukkan penyusutan luar jangka aktiviti kilang di China.
Niaga hadapan S&P dan FTSE meningkat 0.2 peratus manakala niaga hadapan Eropah menokok 0.6 peratus.
Pasaran bon tenang selepas penjualan melampau kadar jangka pendek bulan lalu memandangkan peningkatan inflasi mengubah unjuran pelabur.
Komoditi turut stabil dengan sedikit penurunan dalam harga minyak dan kejatuhan berterusan harga arang batu China sehingga paras 50 peratus berbanding catatan tertinggi bulan lalu.
Pakar strategi NatWest Markets, John Briggs berkata, ketidaktentuan hasil atau sekurang-kurangnya peningkatan kadar dijangka tamat minggu ini.
“Banyak perkara yang menjadi parabolik dan menjadikan jangkaan peningkatan kadar pasaran tersasar kelihatan lebih tenang sedikit,” katanya.
Hasil dua tahun perbendaharaan yang meningkat ke paras tertinggi dalam hampir 20 bulan kepada 0.5640 peratus minggu lalu meningkat kira-kira 1.5 mata asas kepada 0.5169 peratus.
Hasil penanda aras 10 tahun perbendaharaan stabil pada 1.5627 peratus.
Dalam pasaran mata wang, dolar AS mendapat keuntungan pada Jumaat dan didagangkan dengan kukuh dalam sesi Asia.
Ia meningkat sejauh 114.26 yen dan menokok 0.1 peratus kepada AS$1.1546 setiap euro.
Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan 0.3 peratus lebih rendah pada AS$83.47 (RM346.07) setiap tong manakala minyak mentah AS jatuh 0.4 peratus kepada
AS$83.20 (RM344.95). – AGENSI










