Impak cukai makmur mampu dikawal - Gabenor - Utusan Malaysia

Impak cukai makmur mampu dikawal – Gabenor

NOR SHAMSIAH MOHD. YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impak pelaksanaan Cukai Makmur yang diumumkan dalam Bajet 2022 mampu diuruskan oleh pihak bank memandangkan ia adalah cukai yang dibayar sekali sahaja.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, walaupun Cukai Makmur akan mengurangkan perolehan tertahan bank untuk tahun depan, keuntungan keseluruhan mereka dijangka kekal didorong oleh pelbagai faktor.

“Keuntungan dan pertumbuhan bank dijangka akan didorong oleh peningkatan pertumbuhan pinjaman susulan pemulihan negara daripada kesan pandemik yang berpanjangan.

“Ia akan turut disokong oleh tahap peruntukan yang berpotensi lebih rendah pada tahun depan dalam keadaan beberapa penambahbaikan terhadap unjuran risiko kredit,” katanya pada sidang akhbar mengenai prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia bagi suku ketiga 2021, yang diadakan secara maya.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa pembentangan Bajet 2022 berkata, cukai itu dicadang diperkenalkan kepada syarikat yang menjana pendapatan bercukai tinggi, dengan RM100 juta pertama dikenakan cukai pendapatan pada kadar 24 peratus dan pendapatan bercukai selebihnya akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 33 peratus bagi tahun taksiran 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN