Dengan pelbagai tawaran terhebat menerusi kempen Happy Together
PENERAJU perniagaan beli-belah dari rumah dan platform e-dagang, Go Shop baru-baru ini melancarkan kempen Happy Together sempena ulang tahun ketujuh, menerusi Happy Together Live Party hujung minggu lalu.
Program yang berlangsung selama dua hari pada 30 dan 31 Oktober lalu itu menampilkan ramai selebriti tersohor tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Nawawi, Datin Fouziah Gous, Datuk Aaron Aziz, Ustaz Munif Ahmad, Ustaz Shahrizan Daud dan Linda Onn.
Menurut Ketua pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim, pihaknya berbangga dengan pencapaian jenama tersebut yang semakin diyakini ramai sebagai peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular dalam negara.
“Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada para pelanggan kami khususnya, rakan-rakan perniagaan,vendor dan pembekal atas kepercayaan serta sokongan anda sepanjang tujuh tahun perjalanan kami ini.
“Mengangkat tema Happy Together untuk sambutan ulang tahun pada tahun ini, kami di Go Shop sentiasa teruja untuk membawakan kebahagiaan dan pengalaman membeli-belah yang penuh dengan kegembiraan untuk setiap pelanggan kami di luar sana.
“Kami sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan menyajikan kandungan yang menghiburkan, membawakan jenama produk yang dipercayai ramai pada nilai terhebat, dan paling utama, memastikan pelanggan mendapat pengalaman membeli-belah terunggul daripada kami,” katanya.
Selain itu, kata Christinne, lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini juga secara tidak langsung telah menjadi pemangkin atau penyumbang terbesar kepada lonjakkan trend pembelian secara dalam talian.
Malah, katanya, di Go Shop sendiri berlaku peningkatan kukuh dari sudut platform digital selain merekodkan peningkatan jualan memberangsangkan yang dicetuskan daripada pembelian dalam talian.
“Kami di Go Shop juga sentiasa berusaha menambah lebih banyak produk menarik dan menawarkan pilihan penuh variasi demi menepati kehendak setiap pelanggan. Terbaharu, buat julung kalinya pada tahun ini kami melancarkan jenama pakaian dan set peralatan tidur, Royal Field and La Belle; jenama eksklusif Go Shop,” katanya.
Kempen Happy Together sambutan ulang tahun ke-7 Go Shop turut menawarkan baucar bernilai RM7 juta selain diskaun sehingga 80 peratus dan tawaran-tawaran istimewa pada setiap minggu sehingga 30 November ini.
Sepanjang kempen ini juga, pelanggan boleh menikmati tawaran diskaun sehingga RM77 apabila mereka berbelanja RM650 dan ke atas.
Selain dari itu, menerusi aplikasi Go Shop, pelanggan juga boleh dapatkan baucar diskaun sebanyak RM7 pada setiap hari dari 1 hingga 7 November dan menyertai permainan Happy Spin & Win Game dari 17 hingga 30 November 2021 untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM170,000.
Pelanggan juga boleh mendapatkan diskaun ekslusif serta rebat apabila membuat pembelian dengan GrabPay eWallet dan, kad Public Bank, CIMB serta Standard Chartered ketika berlangsungnya tempoh kempen.
Tonton saluran Go Shop di Astro pada setiap hari – Go Shop RUUMA Saluran 118, GAAYA Saluran 120 dan BAARU Saluran 111 serta di MYTV Saluran 120. Layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop di Google Play dan App Store. – UTUSAN