Evergrande jual saham HengTen - Utusan Malaysia

Evergrande jual saham HengTen

Evergrande, pemaju hartanah kedua terbesar China, masih bergelut untuk melangsaikan hutang dianggarkan berjumlah AS$300 bilion, memaksa syarikat itu melupuskan mana-mana aset untuk mendapatkan aliran tunai. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: China Evergrande Group berkata, anak syarikatnya akan menjual keseluruhan pega ngan saham dalam HengTen Network Holdings bernilai HK$2.13 bilion (AS$273.47 juta/RM1.143 bilion).

Evergrande, pemaju paling banyak berhutang di dunia, dalam beberapa minggu ini bergelut untuk memenuhi tarikh akhir pembayaran hutang dan liabiliti lebih AS$300 bilion (RM1.254 bilion) dengan
AS$19 bilion (RM79.44 bilion) daripadanya adalah bon pasaran antarabangsa.

Unit pemaju hartanah Kumpulan itu dilaporkan telah memeterai perjanjian dengan Allied Resources Investment Holdings Ltd. untuk menjual 1.66 bilion saham HengTen pada harga HK$1.28 sesaham.

Harga itu merupakan diskaun sebanyak 24 peratus daripada harga penutupnya pada sesi dagangan kelmarin.

“Sebanyak 20 peratus daripada penjualan itu akan dibayar dalam tempoh lima hari dari tarikh perjanjian, manakala bakinya akan diselesaikan dalam tempoh dua bulan,” tambah Kumpulan itu dalam satu
makluman.

Pernah menjadi pemaju hartanah paling berjaya, Evergrande kini bergelut dengan hutang AS$300 bilion (RM1.25 trilion).

Kemelut kewangan syarikat itu yang turut memberi kesan berangkai kepada pasaran dunia memaksa pegawai kerajaan China membuat penjelasan bahawa isu Evergrande masih di dalam kawalan dan tidak akan menyebabkan krisis kewangan yang lebih besar.

Krisis tersebut menyebabkan saham Evergrande Group jatuh 14 peratus bulan lalu selepas syarikat hartanah China itu gagal menjual pegangannya bernilai AS$2.6 bilion (RM10.81 bilion) kepada pesaingnya.

Ia merupakan masalah terbaharu yang menimpa syarikat itu selepas isu hutangnya menggemparkan pasaran global.

Evergrande bulan lalu turut mengumumkan pembatalan perjanjian jualan pegangan sebanyak 50.1 peratus dalam Evergrande Property Services Group Ltd. kepada Hopson Development Holdings Ltd. kerana pesaingnya itu gagal memenuhi keperluan awal untuk membuat tawaran umum.

Jualan tersebut merupakan kegagalan kedua Evergrande dalam beberapa hari selepas Reuters melaporkan dengan memetik sumber bahawa jualan ibu pejabat syarikat itu di Hong Kong bernilai AS$1.7 bilion
(RM7.07 bilion) turut gagal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×