PETALING JAYA: AEON CO. (M) BHD. (AEON) dan AEON Malaysia meraikan perayaan Deepavali dengan mengadakan program kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan. Di bawah program tanggungjawab korporat itu, seramai 93 keluarga sekitar Bandar Baru Klang menerima sumbangan berbentuk Kotak AEON Bersamamu mengandungi barang-barang keperluan harian bernilai RM100. AEON turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada dua pertubuhan iaitu rumah perlindungan kanak-kanak, Rumah Kebajikan SVP Klang dan Persatuan Kuil Sri Subramaniyar Devasthanam.…










