BEIJING: Ketua Pegawai Kewangan (CFO) ByteDance Ltd., Shou Zi Chew akan meletakkan jawatannya bagi menumpukan perhatian kepada tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok. Menurut memorandum dalaman yang dikongsikan kepada Reuters, langkah tersebut diambil sebagai sebahagian daripada usaha pengorganisasian semula syarikat teknologi itu. ByteDance dilaporkan membatalkan hasratnya untuk penyenaraian awam pada April dan berkata mereka tiada rancangan dalam masa terdekat untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO). Sebelum ini, syarikat itu…










