PETALING JAYA: Kerajaan perlu segera menangani isu-isu berkaitan pengurusan fiskal, terutama dalam soal ketirisan atau kehilangan hasil daripada cukai. Ia bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan mengelakkan kebergantungan kepada berhutang dengan pihak luar, kata badan pemikir Datametrics Research and Information Sdn. Bhd. (DARE). Malah, Pengarah Urusan DARE, Pankaj Kumar turut menyarankan agar kerajaan menaikkan siling hutang statutori kepada 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi membiayai peruntukan…










