SINGAPURA: Saham Asia mengalami kerugian besar semalam berikutan penjualan yang meluas di Wall Street, ketika pasaran sedang resah susulan kesan kenaikan harga minyak selama bertahun-tahun ketika gangguan rantaian bekalan telah memberi tekanan kepada kegiatan ekonomi. Indeks MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun turun sebanyak 1.3 peratus, jatuh untuk tiga sesi berturut-turut. Saham Jepun juga menurun 2.8 peratus, diikuti Korea Selatan sebanyak 2.5 peratus dan Australia satu peratus. Pengarah Eksekutif…










