Rolls-Royce umum kereta pertama menggunakan elektrik sepenuhnya -

Rolls-Royce umum kereta pertama menggunakan elektrik sepenuhnya

Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce Motor Car, Torsten Müller-Ötvös.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce Motor Cars, Torsten Müller-Ötvös, mengumumkan di Goodwood, West Sussex England bahawa mereka kini memulakan program ujian di jalan raya membabitkan kereta pertama Rolls-Royce menggunakan elektrik sepenuhnya.

Produk itu akan siap sepenuhnya dan akan berada di pasaran pada suku keempat 2023.

Produk baharu dikenali ‘Spectre’ Rolls-Royce Elektrik memenuhi ramalan pada 1900 oleh pengasas marque, Charles
Rolls Ikrar yang dipegang oleh CEO, yang berjanji akan membawa kereta elektrik ke pasaran dekad ini

Ujian global akan meliputi 2.5 juta batu – simulasi penggunaan selama 400 tahun Menjelang 2030, semua produk Rolls-Royce akan menjadi elektrik sepenuhnya.

Spectre didukung oleh seni bina rangka ruang Rolls-Royce sendiri .

Semasa mengumumkan momen penting ini, Müller-Ötvös, berkata: “Hari ini adalah hari paling penting dalam sejarah Rolls-Royce Motor Cars sejak 4 Mei 1904.
Pada tarikh itu, bapa pengasas kami, Charles Rolls dan Sir Henry Royce, pertama kali bertemu dan bersetuju bahawa mereka akan merekacipta “kereta bermotor terbaik di dunia.

“Dengan menggunakan teknologi paling canggih yang ada pada mereka pada masa itu dan dengan menerapkan pemikiran kejuruteraan mereka yang luar biasa, kedua pelopor ini
mencipta enjin kereta pembakaran dalaman awal, dari alat pengangkutan yang bising, tidak selesa dan tidak sempurna, dengan menetapkan tanda aras baru yang berbeza sama sekali.

“Kereta yang mereka hasilkan, memperkenalkan kepada dunia pengalaman mewah yang sebenar dan menjamin Rolls-Royce sebagai kedudukan terunggul yang terus dimilikinya,
tanpa ditandingi, hingga hari ini. Marque telah terus menerus menentukan yang terbaik dalam permotoran pembakaran dalaman selama lebih dari satu abad.

“Hari ini, 117 tahun kemudian, saya dengan bangga mengumumkan bahawa Rolls-Royce akan memulakan program ujian jalan raya untuk produk baharu yang luar biasa yang akan
meningkatkan revolusi kereta elektrik seluruh dunia. Ia bakal mencipta kereta yang pertama – terbaik – produk paling mewah dari jenisnya. Ini bukan prototaip. Ini adalah perkara sebenar,
ia akan diuji secara jelas dan pelanggan akan menerima penghantaran kereta yang pertama pada suku keempat 2023. “

RAMALAN YANG DIPENUHI

“Penggunaan motor elektrik bukanlah satu konsep baru untuk Rolls-Royce. Sir Henry Royce terpesona dengan semua hal berkaitan elektrik, dan usaha pertamanya, bernama F. H.
Royce and Company, mencipta dinamo, motor kren elektrik dan mempatenkan pemasangan lampu jenis gaya- bayonet.

“Bagaimanapun, Charles Rolls yang benar-benar teruja dengan masa depan elektrik bagi kenderaan. Pada April 1900, dia merasai pengalaman sebuah kereta motor elektrik awal
bernama Columbia dan menyatakan pemacu elektriknya begitu sesuai.

“Rolls berkata, kereta elektriknya bersih dan senyap. Tidak ada bau atau getaran, dan ia akan menjadi sangat berguna apabila stesen pengecasan tetap dapat diatur dengan lebih
baik. Tetapi buat masa ini, saya tidak menjangka bahawa ia akan mudah didapati – sekurang-kurangnya selama bertahun-tahun akan datang.’

“Ramalan Charles Rolls’ telah menjadi topik pertimbangan yang berterusan selama era Goodwood di marque. Tetapi kami tidak berpuas hati bahawa teknologi yang ada dapat
menyokong pengalaman Rolls-Royce sehingga sekarang.

“Sekarang adalah masa untuk mengubah arah masa depan yang mewah.

“Kami melancarkan masa depan baru yang berani ini dengan kelebihan yang besar. Pemacu elektriknya sangat sesuai dan sempurna untuk Rolls-Royce Motor Cars, lebih daripada
jenama automotif lain. Ia senyap, lancar dan penyaluran semua torknya hampir selari, menjana tenaga yang luar biasa. Inilah yang kami namakan di Rolls-Royce ‘kebolehpasaran’.

“Di Rolls-Royce, kami telah beberapa kali melakukan eksperimen dengan tenaga elektrik. Pada tahun 2011 kami mendedahkan 102EX, Phantom yang beroperasi dalam elektrik sepenuhnya. Ia kemudian diikuti pada tahun 2016 dengan 103EX di mana elektrik sepenuhnya, yang mewakili visi kami untuk marque untuk beberapa dekad ke hadapan.”

JANJI YANG DIIKRAR

“Produk luar biasa ini mendorong minat yang besar dalam teknologi jana kuasa elektrik di kalangan pelanggan kami. Mereka menganggapnya sesuai untuk Rolls-Royce. Sepanjang
dekad yang lalu, saya berulang kali ditanya, 'Bilakah Rolls-Royce akan beralih ke elektrik dan bilakah anda akan menghasilkan kereta elektrik pertama anda?

“Saya menjawab dengan janji yang tidak jelas dan Rolls-Royce akan beralih ke elektrik, mulai dekad ini.Hari ini, saya mengikrarkan kata-kata.”

SESUATU YANG LUAR BIASA BAKAL TIBA

Menurut Müller-Ötvös, ramalan Charles Rolls dan janji beliau telah membawa ke saat yang sangat penting untuk marque. Rolls-Royce telah memulakan usaha bersejarah yang unik, dimana hari ini, ia menjadi kenyataan.

Katanya, pereka dan jurutera mereka telah bekerja tanpa henti untuk membawa ke sini dan mereka sekarang bersedia untuk memulakan ujian jalan raya kereta Rolls-Royce pertama dalam sejarah yang digerakkan oleh elektrik sepenuhnya.

“Perubahan paling asas dalam teknologi jana kuasa ini, memerlukan kami mencabar setiap aspek produk sebelum kami menawarkannya kepada pelanggan yang paling arif di planet ini
– iaitu pelanggan Rolls-Royce kami.

“Untuk melakukan ini, kami telah merancang program ujian paling mencabar dalam sejarah Rolls-Royce. Kami akan menempuh jarak sejauh 2.5 juta kilometer – iaitu simulasi
penggunaan secara purata lebih dari 400 tahun untuk Rolls-Royce. Kami akan melakukan perjalanan ke empat pelosok dunia untuk menguji kereta dengan motor baru ini ke tahap
maksimum.

“Anda akan melihat kereta ujian ini di jalan raya, di seluruh dunia. Perhatikan kereta ini – ia akan kelihatan jelas. Kereta ini akan diuji dalam semua jenis keadaan dan di semua bentuk
permukaan jalan raya membabitkan perjalanan berjuta-juta batu. Ini secara langsung akan mempercepatkan Rolls-Royce ke masa depan,” katanya.

ARKITEKTUR TERSENDIRI YANG FLEKSIBEL

Katanya, pada tahun 2017, mereka memulakan Phantom, dan dengan itu seni bina aluminium milik marque: rangka ruang yang fleksibel dan akan menyokong semua kereta bermotor Rolls-
Royce yang akan datang.

Teknologi unik itu katanya, dikembangkan untuk Rolls-Royce oleh Rolls-Royce dan dikhaskan untuk penggunaan eksklusif marque – diciptakan untuk membentuk asas bukan hanya model enjin pembakaran dalaman yang berbeza, seperti yang berlaku sekarang dengan Cullinan dan Ghost, tetapi model yang berbeza dengan daya kuasa.

“Untuk tujuan ini, kereta elektrik kami yang akan datang mendapat keuntungan dari seni bina Rolls-Royce dan oleh itu pengalaman luar biasa Rolls-Royce di jalan raya. Tanpa sebarang
strategi perkongsian platform kumpulan, kami dapat menyatukan rancangan kami untuk menggunakan tenaga elektrik ke dalam reka bentuk awal seni bina dan memastikan bahawa
produk baru yang luar biasa ini memenuhi harapan pelanggan kami yang sangat tinggi.

“Model Rolls-Royce ini akan memenuhi ramalan dan ini merupakan janji yang diikrar ketika kami menjalankan suatu perkara yang unik. Ini adalah permulaan legasi baru untuk jenama
kami. Dengan semangat itu, kami telah memutuskan nama yang sama sekali baharu untuk kereta ini.

“Nama yang sama kuat dan mengugat nama sedia ada yang begitu sempurna sejak abad yang lalu – nama seperti Phantom, Ghost dan Wraith.

“Ini adalah nama yang sangat sesuai dengan persekitaran duniawi di mana produk kami sedia wujud – satu nama yang telah kita tempah khas untuk masa ini: Spectre.

“Spectre adalah nama yang diberikan yang sinonim dengan kekuatan dan penampilan yang hebat; makhluk dari alam alternatif yang membuat kehadiran mereka terasa melalui
manifestasi sekejap.

“Spectre akan memaksa dunia berhenti sejenak. Ia mendominasi ruang yang diisi. Kemudian, dengan pantas ia muncul, ia hilang, meninggalkan kegembiraan, tenaga, dan intrik.

“Nama ini sangat sesuai dengan Rolls-Royce yang luar biasa yang kami umumkan hari ini – sebuah kereta bermotor yang membuat kehadirannya terasa sebelum menghilang ke dunia
yang tidak dapat diakses oleh semua orang kecuali yang sangat sedikit. Sebagai jenama Inggeris, kami telah memilih ejaan Inggeris, namun maknanya adalah universal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN