PUTRAJAYA: Datuk Mohd. Nizom Sairi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) baharu menggantikan Datuk Seri Sabin Samitah berkuat kuasa esok. LHDNM dalam kenyataan memaklumkan, Mohd. Nizom sebelum ini merupakan Timbalan CEO (Operasi Percukaian) agensi itu dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang percukaian langsung merangkumi operasi percukaian, pematuhan dan pungutan cukai, percukaian antarabangsa serta latihan percukaian. “LHDNM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sabin atas sumbangan bakti selama beliau berkhidmat di LHDNM,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mohd. Nizom, 58, memegang ijazah sarjana dari Lawrence Technological University,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya