Kumpulan Halim Mazmin tawar biasiswa Program Asasi di Universiti Meritus - Utusan Malaysia

Kumpulan Halim Mazmin tawar biasiswa Program Asasi di Universiti Meritus

HALIM MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Meritus yang dimiliki Kumpulan Halim Mazmin, menawarkan biasiswa untuk Program Asasi dalam pengurusan perniagaan di universiti berkenaan.

Kumpulan Halim Mazmin menawarkan biasiswa sehingga RM16,000 bagi mereka yang layak mengikuti program berkenaan.

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Halim Mohamad berkata, biasiswa itu masih dibuka untuk pengambilan November/Disember ini.

Jelasnya, terma dan syarat untuk biasiswa itu termasuk minimum lima kepujian dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau minimum Gred B dalam tiga mata pelajaran bagi Unified Examination Certificate (UEC) atau minimum Gred C dalam lima mata pelajaran bagi Ordinary Level (O-Level).

“Pemohon yang berjaya akan diminta untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda dengan Universiti Meritus iaitu program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Perniagaan Maritim, Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kewangan (Strategi Pelaburan), dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengurusan Perniagaan.

“PTPTN juga akan disediakan dan dibantu oleh universiti untuk pemohon biasiswa ini yang berjaya. Biasiswa ini akan membantu pelajar yang memerlukannya untuk melanjutkan pelajaran mereka terutama dari kumpulan B40,” katanya dalam kenyataan.

Universiti Meritus yang ditubuhkan pada Februari 2016, bertekad untuk menghasilkan graduan yang seimbang dari segi intelek, rohani, fizikal dan emosi terutamanya yang mampu memenuhi tuntutan majikan masa kini.

Jelasnya, sebagai universiti khusus, pendekatan yang unik terhadap pendidikan adalah untuk menawarkan gabungan praktikal dan berkesan dari pembelajaran tradisional, moden, dan pengalaman untuk memastikan kejayaan.

“Pada masa ini, universiti menawarkan program-program Asasi dalam Pengurusan Perniagaan, Diploma dalam Pengurusan Perniagaan, Sarjana Muda Sains (Kepujiaan) Perniagaan Maritim, Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kewangan (Strategi Pelaburan) dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengurusan Perniagaan.

“Universiti juga menawarkan program sarjana iaitu Sarjana Sains dalam Perkapalan, Perdagangan, dan Kewangan; Sarjana Sains dalam Pengurusan Kekayaan; Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Doktor Falsafah dalam Perniagaan Maritim,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN