Komunikasi konsisten untuk pelanggan - Utusan Malaysia

Komunikasi konsisten untuk pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan nasional Malaysia, Malaysia Airlines Berhad (MAS), dengan kerjasama 15below menyediakan penyelesaian inovatif terbaharu yang bertujuan untuk menyediakan pemberitahuan terkini dan konsisten sepanjang perjalanan pelanggan, termasuk perubahan penerbangan serta pembatalan.

Menerusi penyelesaian tersebut, MAS akan memastikan standard tertinggi dalam perhubungan dengan pelanggan, terutamanya jika berlaku gangguan penerbangan.

Selaras dengan harapan pelanggan yang menginginkan perjalanan yang lancar, bersih dan selamat, MAS akan menggunakan peralatan automasi canggih yang mampu menawarkan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik, hasil kerjasama dengan penyedia komunikasi penumpang automatik terkemuka dalam industri pelancongan, 15below.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, fungsi utama itu akan memastikan pelanggan mengawal rancangan perjalanan mereka sendiri kerana mereka akan dibekalkan dengan maklumat perjalanan terkini, boleh dipercayai, melibatkan pengesahan jadual perjalanan, perubahan jadual, dan pembatalan penerbangan apabila berlakunya gangguan.

Menurut beliau, Fasa 2 dan Fasa 3 projek terbabit dijangka siap pada suku ketiga 2022 dan MAS percaya penggunaan peralatan automasi itu adalah tepat pada masanya memandangkan mereka sedang bersiap sedia untuk pembukaan semula perjalanan.

“Kami telah menyaksikan kejayaan penggunaannya semasa pembukaan semula gelembung perjalanan Langkawi baru-baru ini.

“Ia terbukti berkesan untuk memastikan pelanggan kami sentiasa menerima maklumat tentang perubahan terkini dalam mematuhi garis panduan semasa melakukan perjalanan yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, dengan kerjasama 15below, MAS kini dapat meningkatkan lagi tawaran khidmat pelanggannya bersesuaian dengan keperluan penumpang sedang kami menuju ke arah pencapaian penting dalam perjalanan transformasi digitalnya.

Jelasnya, melalui penggabungan fungsi dan automasi canggih tersebut pada sistem tempahan MAS, pihaknya berupaya untuk memberikan ciri-ciri unggul yang menjimatkan kos dan keperibadian-hiper.

Di samping itu, katanya, interaksi menjadi mudah bagi penumpang melalui komunikasi dua hala. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif 15below, Nicholas Key berkata, pihaknya gembira untuk menyambut MAS ke dalam komuniti 15below.

“Membantu hampir 60 jenama pelancongan terkenal di dunia dalam mengatasi gangguan untuk tempoh yang paling sukar dalam industri ini, kami memiliki banyak pengetahuan dan pengalaman untuk membantu pelanggan terbaru kami agar penumpang sentiasa gembira dan berinteraksi.

“Kami menghormati jenama terkenal dunia ini dan mengharapkan perkongsian yang hebat pada masa hadapan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya