KUALA TERENGGANU: Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (KMI Healthcare) milik Terengganu kini meluaskan perkhidmatannya ke Sabah apabila mengambil alih operasi Hospital Pakar Tawau (TSH) yang kini dikenali sebagai Pusat Perubatan KMI Tawau (KMI Tawau). Pengerusinya, Raja Datuk Idris Raja Kamaruddin berkata, penjenamaan semula itu merupakan sebahagian daripada program transformasi menyeluruh yang akan dilakukan terhadap pusat perubatan berkenaan bagi memenuhi permintaan penjagaan kesihatan berkualiti dan berpatutan di Tawau. Katanya, bangunan baharu…










