DataKITA bantu mudahkan perniagaan buat keputusan - Utusan Malaysia

DataKITA bantu mudahkan perniagaan buat keputusan

MAHADHIR AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital, telah memperkenalkan DataKITA untuk menggalakkan perniagaan mengadaptasi dan menghargai data untuk menjadi syarikat dipacu data dan kesediaan AI.

Akronim KITA dalam inisiatif DataKITA menggambarkan empat teras utama iaitu Knowledge (Pengetahuan), Infrastructure (Infrastruktur), Talent (Bakat) dan Action (Tindakan) – dengan setiap teras memainkan peranan dalam meningkatkan ketersediaan data dalam ekosistem, menambah baik kebolehcapaian data dan menggalakkan penggunaan data.

Mempromosikan Literasi dan Kesedaran Data Literasi data telah diiktiraf di seluruh dunia berikutan ia berkeupayaan untuk membaca, memahami, mencipta dan mengkomunikasikan data sebagai maklumat.

Ia memberi tumpuan kepada kecekapan dalam bekerja dengan data seperti membaca dan memahami data dengan lebih mendalam.

Menurut Gartner ‘A Data and Analytics Leader’s Guide to Data Literacy’ (Panduan Peneraju Data dan Analisis untuk Literasi Data)’, strategi data dan analisis adalah penting dalam semua aspek perniagaan digital kerana celik data dapat membolehkan sesebuah organisasi untuk mengadaptasi teknologi sedia ada dan baru muncul dengan lancar.

Untuk melahirkan tenaga kerja celik data, laporan berkenaan menekankan bahawa pemimpin perniagaan perlu memulakan penilaian dalam keperluan latihan literasi data dan menentukan matrik pengesanan (menggunakan data) untuk mengenal pasti prestasi latihan individu.

Pemerhatian yang dilakukan oleh McKinsey & Company telah menunjukkan lebih 50 peratus eksekutif dan pengurus di syarikat berprestasi tinggi adalah celik data.

Bagaimanapun, situasi ini tidak sama jika di lokasi berlainan.

Laporan berkenaan juga menunjukkan 50 peratus eksekutif berdepan dengan jurang kemahiran data dan memerlukan latihan literasi data.

Pertumbuhan teknologi baharu turut memperlihatkan peningkatan kesedaran terhadap perniagaan untuk memiliki data.

Walaupun syarikat besar telah menggunakan kemajuan data untuk mengembangkan operasi mereka, syarikat kecil baru mula sedar tentang kepentingan data dan bagaimana ia mampu mengubah cara mereka beroperasi.

Pandemik juga telah meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan untuk memanfaatkan data dengan cara yang betul.

Dengan perubahan gaya pengguna yang pantas, perniagaan boleh menerima manfaat menerusi data untuk menerokai pasaran lebih besar yang sesuai dengan tawaran produk mereka.

Selain itu, perniagaan juga boleh mencipta impak lebih besar dan membuat keputusan yang lebih baik, sama ada untuk mencari segmen pelanggan baharu atau pun mencipta produk yang lebih baik.

Bagi mengurangkan jurang kemahiran data dan mengatasi masalah lain yang menjadi penghalang untuk menjadikan syarikat dan tenaga kerjanya yang mahir dalam data, organisasi perniagaan
digalakkan untuk memupuk literasi data dan budaya kesedaran.

Membantu Perniagaan Membuat Keputusan Dipacu Data Bagi mempromosi dan memudahkan perusahaan perniagaan menuju ke arah keputusan dipacu data, MDEC telah memperkenalkan Data Driven Enterprise Programme untuk perniagaan yang merancang menjadi organisasi dipacu data dan kesediaan AI.

Perusahaan juga akan lebih memahami tahap kesediaan analisis dan AI mereka menerusi Data, Analisis dan Kecerdasan Buatan (DAAI) Penilaian Kesediaan. Dengan menyertai penilaian ini, perusahaan akan menerima laporan direka khas untuk menunjukkan bagaimana mereka boleh menangani cabaran terbesar dan membawa perjalanan organisasi mereka dalam dipacu data ke
tahap lebih tinggi.

“Data selalu dijadikan sebagai alat utama untuk kita merebut peluang baharu dan sekarang ialah masa terbaik untuk memanfaatkannya. Beroperasi dalam norma baharu, gaya pengguna berubah
dengan sangat pantas dan kami percaya data amat penting dalam menghadapi ekosistem yang sentiasa berubah.

“Inisiatif DataKITA menetapkan untuk menjadi salah satu pemangkin dalam menjadikan Malaysia sebagai hab serantau dalam Internet untuk Segalanya (IoT), Data dan Kecerdasan Buatan (AI). Ini
adalah sangat penting untuk mengubah cara berfikir dalam integrasi dan mendorong organisasi perniagaan untuk dilengkapi dengan tenaga kerja yang celik data dan berkembang dalam norma
baharu.

“Pandemik ini telah menunjukkan kepentingan untuk mahir dalam data dan mengintegrasikannya dengan cara yang betul, supaya syarikat-syarikat dapat dibantu untuk menangani cabaran dengan lebih baik,” kata Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, MDEC.

Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab untuk memacu kesedaran data, MDEC akan menganjurkan AI and Data Week (AIDW) 2021. Bermula pada 25 Oktober 2021 hingga 29 Oktober
2021, AIDW menyasarkan untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam hab digital untuk IoT, Data dan AI.

Matlamat AIDW ialah untuk menolong memangkinkan pemikiran, integrasi dan adaptasi IoT, Data dan AI di kalangan pengunjung dalam pelbagai acara yang akan dilangsungkan selama seminggu berkenaan. Untuk menyertainya sila layari mdec.my/AIDW .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN