Coolblog buka cawangan ke-263 di Ampang Point - Utusan Malaysia

Coolblog buka cawangan ke-263 di Ampang Point

(DARI KIRI) Sueli Lew, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Dr. Radzali Hassan memotong riben perasmian Coolblog cawangan Ampang Point, Ampang, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Coolblog, jenama pencuci mulut dan minuman halal tempatan telah membuka cawangannya yang ke-263 di pusat beli-belah Ampang Point, Sabtu lalu.

Pembukaan itu adalah cawangan ke-16 yang pada 2021 dengan tambahan 16 lagi cawangan yang akan dibuka menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog, Sueli Lew berkata, Coolblog komited untuk menyediakan minuman pencuci mulut yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan di kawasan berdekatan anda.

Beliau berkata, penampilan dan rasa baharu yang ditampilkan adalah sebahagian daripada inisiatif untuk menyegarkan kembali jenama Coolblog.

“Bagi meningkatkan keterlihatan jenama, cawangan Ampang Point juga direka secara ergonomik untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan, menjadikan setiap kunjungan ke Coolblog adalah pengalaman yang menyeronokkan,” katanya dalam kenyataan.

Majlis perasmian cawangan Ampang Point telah disempurnakan oleh Pengerusi Coolblog Dessert Sdn. Bhd., Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Dr. Radzali Hassan; Naib Pengerusi MFA, Datuk Zahriah Abdul Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Faizal Mohamed Noor.

Lew turut berkata, Coolblog, sebuah jenama francais yang telah memenangi pelbagai anugerah termasuk program francais yang berpatutan, turut komited untuk membantu bakal usahawan merealisasikan impian mereka memulakan perniagaan sendiri dengan menjadi francaisi Coolblog.

“Beberapa francaisi telah bersama Coolblog selama beberapa tahun dan memiliki rangkaian cawangan Coolblog,” katanya.

DR. Radzali Hassan menyampaikan cenderamata kepada Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz (tengah) sempena pembukaan Coolblog cawangan Ampang Point, Ampang, Sabtu lalu. Turut hadir, Sueli Lew.

Sementara itu, Tunku Ali Redhauddin berkata, sebagai syarikat tempatan, Coolblog amat berbangga melihat kesetiaan pelanggan terhadap jenama dan produknya.

“Walaupun menghadapi cabaran disebabkan pandemik, Coolblog tetap utuh bertahan kerana dedikasi pelanggan kami,
komitmen warga kerja serta sokongan yang berterusan daripada francaisi, yang kebanyakannya telah bersama kami selama lebih lapan tahun,” katanya.

Sebagai sebuah jenama minuman pencuci mulut halal tempatan selama 15 tahun, Coolblog akan terus memberi tumpuan kepada produk dan pengalaman pelanggan, dan memastikan setiap cawangan beroperasi dengan selamat melaluui pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, serta dapat diakses menggunakan perkhidmatan e-hailing agar tetap dalam jangkauan semua pelanggan.

Coolblog terkenal dalam menghasilkan inovasi minuman yang diinspirasikan oleh rasa tempatan dan antarabangsa untuk para pelanggan. Sebagai contoh, kolaborasi bersama FarmFresh untuk minuman kathira dan smoothie susu kurma pada bulan Ramadan yang lalu, serta smoothie perisa durian dan cendol sempena Hari Malaysia.

Menjelang November ini, Coolblog akan melancarkan smoothie buah-buahan bertenaga tinggi pertama hasil kolaborasi
bersama Red Bull.

Untuk meraikan pembukaan di Ampang Point dan cawangan lain yang akan datang, pelanggan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah Prize Spinner pada hari pembukaan.

Hadiah yang bakal dimenangi termasuk baucar Coolblog, minuman percuma dan barangan menarik.

Untuk mengetahui tarikh dan maklumat pembukaan cawangan akan datang, sila kunjungi platform media sosial Coolblog @CoolblogMalaysia di laman Facebook dan Instagram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya