LONDON: Ia bermula dengan e-mel mengenai tawaran diskaun berus gigi elektrik, yang akhirnya mengubah hidup Anna. Hanya beberapa minit selepas dia memasukkan butiran kad banknya, Anna mendapat panggilan daripada bank memaklumkan bahawa transaksi penipuan sedang dilakukan. Keesokannya, Robert Clayton daripada pihak berkuasa kawalan penipuan kewangan Britain menghubunginya memaklumkan mereka sedang menjejaki penjenayah bertanggungjawab, namun Anna berdepan risiko kehilangan wang simpanannya. Bagaimanapun, tidak ada berus gigi. Tidak ada jabatan penipuan, tidak…










