Apple kurangkan pengeluaran iPhone 13 - Utusan Malaysia

Apple kurangkan pengeluaran iPhone 13

IPHONE 13 dilaporkan mendapat sambutan yang baik daripada penggemar produk Apple di seluruh dunia. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Apple Inc. mungkin akan mengurangkan pengeluaran iPhone 13 sebanyak 10 juta unit kerana kekurangan cip global, menurut Bloomberg.

Menurut laporan Bloomberg, syarikat itu dijangka akan menghasilkan 90 juta unit model iPhone baharu pada akhir tahun ini.

Syarikat teknologi gergasi itu juga memberitahu, jumlah pengeluaran akan lebih rendah kerana pembekal cipnya iaitu Broadcom Inc. dan Texas Instruments sedang bergelut untuk menyediakan komponen.

Saham Apple turun 1.2 pe­ratus dalam sesi perdagangan, sementara saham Texas Instruments dan Broadcom turun sekitar satu peratus.

Apple, Broadcom dan Texas­ Instruments tidak segera memberi komen tentang perkara tersebut.

Lapor Reuters, pada Julai lalu, Apple meramalkan pertumbuhan pendapatan yang perlahan kerana kekurangan cip yang sekali gus mengurangkan kemampuan mereka untuk menjual Mac, iPad dan akan mula mempengaruhi pengeluaran iPhone.

“Texas Instruments juga meramalkan pendapatan yang rendah pada bulan itu, yang memberi isyarat terhadap kebimbangan bekalan cip untuk sepanjang tahun.

“Kekurangan cip, komponen dan bahan mentah telah memberi tekanan yang tinggi kepada industri automobil dan elektronik sehingga menyebabkan banyak pembuat kenderaan telah menghentikan pengeluaran buat sementara waktu.

“Penganalisis telah memberi amaran, pelanggan Apple harus menunggu lebih lama untuk menggunakan iPhone 13 yang baharu, dengan rintangan rantaian bek­alan dan permintaan yang kuat akan menyebabkan penantian yang panjang dalam beberapa tahun untuk telefon tersebut,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN