Agrobank rai komuniti OKU - Utusan Malaysia

Agrobank rai komuniti OKU

KHADIJAH Iskandar (belakang, dua dari kanan) bersama pesatuan dan komuniti Orang Kurang Upaya yang menerima sumbangan daripada Agrobank dalam satu majlis, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agrobank meraikan rakan komuniti Orang Kurang Upaya bersempena sambutan Hari Keselamatan Tongkat Putih.

Menurut Penangung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar, sebagai sebuah institusi perbankan yang begitu dekat dengan komuniti di mana bank beroperasi, terutama komuniti yang kurang mendapat liputan dan perhatian.

Beliau berkata, Agrobank berasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk turut sama membantu dan menghulurkan bantuan kepada komuniti OKU cacat penglihatan di Malaysia dengan menyumbang sebanyak 100 unit tongkat putih kepada Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (POCPM).

“Selain sumbangan tongkat putih, kami di Agrobank juga berbesar hati untuk menawarkan kursus pemasaran digital dalam talian secara percuma melalui Program Zero Cost Marketing kepada usahawan ahli yang berdaftar di bawah POCPM selama dua hari seminggu bagi tempoh tiga bulan.

“Melalui program yang akan dikendalikan oleh Agrobank Centre of Excellence (ACE), kami telah menyediakan modul latihan pembangunan sosioekonomi menerusi kelas bimbingan yang komprehensif.

“Program latihan ini akan memberi fokus untuk merapatkan jurang digital di kalangan usahawan ahli bagi membekalkan mereka dengan kemahiran berkaitan pemasaran
secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan.

Sumbangan disempurnakan oleh Khadijah dan Presiden POCPM, Mohammad Nazari Othman di Auditorium Tun Ahmad Sarji, Menara Lembaga Pertubuhan Peladang.

Inisiatif Agrobank dan Komuniti itu selaras dengan hala tuju dan strategi perniagaan Agrobank yang turut menawarkan pelbagai produk khas untuk komuniti OKU di Malaysia seperti Agro Nurani, skim perlindungan takaful yang pertama diperkenalkan di Malaysia khusus untuk komuniti OKU dan Agro Bakti, program pembiayaan khas untuk usahawan mikro di kalangan komuniti OKU.

Di majlis yang sama, Khadijah turut menyerahkan sumbangan Agrobank berjumlah RM5,000 kepada Persekutuan Orang Pekak Malaysia diwakili Presidennya, Mohamad Sazali
Shaari dan beberapa ahlinya.

Hari Keselamatan Tongkat Putih disambut pada 15 Oktober setiap tahun sejak 1964 dan diadakan untuk meraikan pencapaian komuniti OKU cacat penglihatan di seluruh dunia.

Sambutan itu amat signifikan kepada komuniti OKU cacat penglihatan apabila Tongkat Putih dijadikan sebagai simbolik kepada alat kebebasan kepada komuniti berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN