PETALING JAYA: Hospital Pantai Ampang dan Masjlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bekerjasama untuk menyediakan paket makanan tengahari untuk 200 warga
emas di tiga Kebun Komuniti MPAJ.
Kebun komuniti yang terlibat ialah Kebun Komuniti Pandan Jaya Fasa 2, Kebun Komuniti Flat Merpati B, Pandan Indah dan Kebun Komuniti ArRaihan, Pandan Indah.
“Hasrat kami ialah untuk memberikan sedikit kelegaan kepada warga emas yang sering menggunakan kebun komuniti ini untuk mendapatkan sayur-sayuran sebagai makanan harian
mereka.
“Kami sebagai sebuah perkhidmatan kesihatan turut bertanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan masyarakat di komuniti kami.
“Kami amat bangga dengan inisiatif Kebun Komuniti MPAJ dan berharap lebih banyak usaha kerjasama dengan MPAJ akan menyusul bagi meneruskan bantuan kepada masyarakat
kawasan sekitar kami,” ,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ampang.Soon Mei.
Kebun Komuniti MPAJ ialah suatu inisiatif lokal untuk memupuk semangat permuafakatan di kawasan kejiranan. Kebun-kebun tersebut merupakan satu usaha untuk menggalakkan
pengusahaan sumber untuk bekalan hasil-hasil pertanian bagi kegunaan sendiri atau dijual bagi meningkatkan ekonomi komuniti di sesuatu kawasan.
Hospital Pantai Ampang akan meneruskan usaha bantuan masyarakat ini dengan pelancaran BakulPrihatin. BakulPrihatin merupakan pek makanan yang mengandungi beras, mi, tin sardine,
minyak, gulan, garam dan tepung dan dijual pada harge RM30 di premis hospital.
Hasil penjualan pek ini akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan melalui MPAJ.










