UEM Sunrise tawar pelbagai projek kediaman - Utusan Malaysia

UEM Sunrise tawar pelbagai projek kediaman

Lakaran artis antara projek kediaman yang dibangunkan oleh UEM Sunrise. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) telah melancarkan program The Happy Chase 2021 untuk mempamerkan keunikan pembangunan kediamannya di Johor dan Lembah Klang.

Program itu juga menjanjikan pelbagai hadiah istimewa, menarik dan kemudahan untuk memiliki kediaman kepada pembeli rumah.

Menurut UEM Sunrise, penganjuran kembali program itu berdasarkan kejayaan yang dicatatkan pada tahun lalu, namun kali ini menyaksikan pendekatan kempen yang berbeza di mana ia melibatkan tujuh sesi di Facebook Live yang terbuka kepada umum.

Katanya, program berkenaan akan memberikan aspirasi kepada para pemilik rumah baharu dan pemilik yang ingin meningkatkan taraf hidup dan sedang mencari kediaman impian mereka melalui langkah-langkah mudah untuk diikuti.

Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong berkata, dengan kejayaan penganjuran kempen tahun lalu, syarikat meneruskan misi untuk memberikan bakal pemilik rumah pengalaman yang lancar dan mudah untuk mendapatkan kediaman mereka dan menjadikan proses pemilikan menggembirakan.

“Selaras dengan slogan `Menuju Bahagia’, UEM Sunrise juga ingin membantu para pelanggan kami untuk mendapatkan kebahagiaan mereka dengan menawarkan kediaman yang mempesonakan dan berkualiti tinggi, dan menjadikan setiap detik pengalaman bersama kami sebagai sesuatu yang mudah dan menggembirakan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut UEM Sunrise, para pembeli rumah juga akan menikmati Kempen Pemilikan Rumah (HOC) oleh kerajaan yang telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021, memperuntukkan pengecualian duti setem dan pengecualian Surat Cara Pemindahan (MOT).

Pada masa yang sama, katanya, pemilik rumah pertama dan kedua untuk projek-projek terpilih juga berpeluang memiliki rumah impian mereka dengan sifar pembayaran untuk projek yang masih dalam tempoh pembinaan, sifar bayaran pendahuluan, dan skim pembiayaan 100 peratus di bawah program HouzKEY Maybank Islamic.

“Secara keseluruhan, sebanyak 10 buah projek kediaman akan dipamerkan untuk kepuasan para penonton,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN