Tawaran tengah malam eksklusif Lazada bermula malam ini - Utusan Malaysia

Tawaran tengah malam eksklusif Lazada bermula malam ini

LAZMALL Crazy Brand Mega Offers dan Exclusive Midnight Deals bermula malam ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menjelang Lazada 9.9 Biggest Brands Sale yang akan bermula tepat jam 12 tengah malam ini, Lazada Malaysia menyediakan calendar LazMall bulan September sebagai panduan untuk membantu pembeli dalam talian merebut tawaran terbaik sepanjang bulan ini.

Ia bermula dengan LazMall Crazy Brand Mega Offers dan Exclusive Midnight Deals pada jam 12 tengah malam hingga 2 pagi pada 9 September.

Menurut Lazada, sebagai persiapan untuk mendapatkan tawaran terbaik di pasaran di LazMall Crazy Brand Mega Offers dalam masa dua jam pertama Jualan 9.9 Lazada, pastikan menambah nilai Lazada Wallet terlebih dahulu sebelum tengah malam ini.

“Baucar diskaun 10 peratus tambahan yang boleh digunakan bersama tawaran itu akan disediakan di laman jualan 9.9 Lazada tepat jam 12 malam pada 9 September dan boleh ditebus dalam masa dua jam pertama jualan bagi produk terpilih di laman berkenaan.

“Setelah anda melengkapi proses pembelian bagi mana-mana LazMall Crazy Brand Mega Offers sebelum jam 2 pagi, 999 LazCoins akan dikreditkan secara automatik kepada akaun anda dalam aplikasi Lazada,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, selain dari tawaran LazMall Crazy Brand Mega Offers dan Exclusive Midnight Deals, diskaun RM9 bagi setiap perbelanjaan RM99 menerusi Lazada Bonus, baucar Penghantaran Percuma dan diskaun sehingga 60 peratus juga ditawarkan sepanjang Jualan 9.9 Lazada dari 9 September hingga 11 September.

Dengan lebih 10,000 jenama yang boleh didapati di LazMall Malaysia, pengguna Lazada mempunyai pelbagai pilihan barangan bermutu tinggi yang meliputi semua kategori sempena Jualan 9.9 Lazada.

Selepas Lazada 9.9. Biggest Brands Sale, pesta beli-belah akan diteruskan dengan Super Brand Day atau Brand Spotlight bersama rakan jenama istimewa untuk memberi tawaran hebat kepada pelanggan bermula 15 hingga 30 September ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN