MELBOURNE: Harga minyak mentah jatuh berikutan kebimbangan gangguan bekalan dan banjir yang melanda Louisiana, Amerika Syarikat (AS) akibat Taufan Ida, akan menjejaskan permintaan. Selain itu, berita kemungkinan negara pengeluar minyak dunia akan meningkatkan pengeluaran turut mencetuskan kebimbangan berlaku lebihan bekalan sehingga menjejaskan harga kontrak hadapan komoditi tersebut. Pada sesi dagangan semalam, harga kontrak hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) susut 41 sen atau 0.6 peratus kepada AS$68.80 (RM285.73) setong.…