
MUKADIMAH
Anugerah Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan (SME and Entrepreneurs Business Awards) (SEBA) yang dianjurkan oleh Yayasan Usahawan Malaysia merupakan acara pengiktirafan tahunan untuk mengenal pasti PKS dan usahawan cemerlang di Malaysia dan negara-negara jiran yang menyumbang kepada ekonomi negara ini.
Lebih daripada sekadar piala, pengiktirafan itu juga merupakan platform kukuh untuk pertumbuhan berterusan buat pemilik perniagaan menjalinkan hubungan dengan rakan usahawan yang lain di peringkat nasional dan antarabangsa.
Tahun ini, tema SEBA adalah Thriving the Waves yang meraikan perubahan dan cabaran yang harus diharungi oleh perniagaan-perniagaan ketika dunia sedang dilanda pandemik Covid-19.
Ikuti temu bual eksklusif wartawan Utusan Malaysia, SHAFIQAH SHUKOR bersama Pengarah Urusan dan Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia, NITESH MALANI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai anugerah tersebut.

UTUSAN: Apakah SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBA) dan apakah peranan SEBA dalam menyediakan sebuah platform untuk PKS terus berkembang maju dan diiktiraf?
NITESH MALANI: SEBA adalah satu platform yang bertujuan untuk mengiktiraf penerima anugerah yang layak tanpa prejudis. Kami memberikan penghargaan berdasarkan prestasi, dan kami sangat menyokong usahawan kecil dan syarikat baharu. Kami juga memberi kepentingan yang tinggi kepada media dan publisiti bagi perniaggan tanpa sebarang taraf dan kepentingan khas.
Sebagai contoh, kami menerima banyak wawancara atas talian dan liputan akhbar untuk penerima anugerah kami di SEBA 2020 yang menjadi sebutan orang ramai.
Setiap tahun, kami memilih sekitar 50 hingga 70 penerima anugerah yang layak. Semua penerima secara automatik akan terpilih dan layak menjadi ahli Kelab Perniagaan SEBA.
Kami menyediakan peluang rangkaian, media dan publisiti, sesi perundingan dan pengenalan perniagaan, terutama kepada syarikat baru dan perusahaan mikro yang memerlukan kenalan dan bimbingan.
Sejak itu, kami mempunyai tawaran berterusan daripada rakan kongsi kami, bermula daripada perkhidmatan audit, latihan, e-dagang dan pelbagai lagi.
Apakah objektif anugerah itu diadakan?
Ia diadakan untuk mengenalpasti usahawan dan potensi yang mereka boleh diperkembangkan dalam pelbagai aspek.
Ia juga berperanan dalam menghubungkan usahawan dan PKS untuk menggalakkan pertumbuhan perniagaan secara holistik melalui semangat kemasyarakatan dan sumbangan kepada peningkatan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam negara
Bagaimanakah pandemik ini telah mengubah landskap dan struktur sesebuah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) beroperasi?
Jika kita lihat pada peringkat antarabangsa, Covid-19 sememangnya telah memberi satu impak yang besar kepada sektor permintaan dan penawaran, penerangan asas pengedaran barang dan sebagainya.
Ini jelas menunjukkan pihak berkepentingan yang berkecimpung dalam bidang perdagangan antarabangsa dan kebanyakan perkara mengambil masa yang panjang lantas menyebabkan kelewatan yang tidak wajar.
Pihak berwajib yang menjalankan perniagaan tempatan mempunyai keupayaan untuk memberi sumber pendapatan yang rasional.
Sebagai contoh, sektor pembinaan, logistik serta kesihatan. Keputusan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kurang berkesan memberi impak yang ketara kepada industri PKS yang ada di Malaysia untuk membuat keputusan.
Adalah agak sukar bagi kami sebagai golongan usahawan untuk membuat perancangan secara holistik jika perkara sebegini berlanjutan untuk jangka masa yang panjang, tanpa sokongan daripada pihak kerajaan.
PKS sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam sektor pendigitalan untuk perkembangan bisnes mereka.
Bagaimanakah PKS dapat memanfaatkan bantuan kerajaan dalam menempuh waktu yang sukar dan tidak menentu ini?
PKS harus dilihat sebagai hab untuk penjanaan semua ekonomi ketika pandemik ini. Ramai usahawan dan ahli perniagaan juga tidak sedar dan memahami bantuan serta sokongan yang mereka boleh dapat bagi meringankan beban.
Kita semua harus berganding bahu dalam membantu mereka yang memerlukan bantuan daripada pelbagai aspek.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah sedikit sebanyak menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan pakej-pakej khas yang mempunyai pelbagai manfaat.
Kerajaan perlu berinteraksi bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pakar industri sebelum melancarkan apa-apa pelan. Yayasan Usahawan Malaysia sentiasa rela untuk memberi pandangan kepada kerajaan.
Bagaimanakah Lembaga Penasihat SEBA akan terus membawa suara dan mengangkat nama syarikat dan usahawan PKS tempatan?
Kami mempunyai senarai panel yang hebat terdiri daripada Lembaga Penasihat SEBA, contohnya Ketua Pegawai Eksekutif Cheng & Co., Tom Wong, salah satu daripada 10 firma audit yang profesional di Malaysia, serta rakan kongsi di DGK Advocates & Solicitors, yang mengetuai Industries Unite, Datuk David Guruptham.
Secara kolektif, kami mempunyai ahli pemikir yang kuat untuk membantu dalam merancang dan menentukan dasar serta segala jenis bantuan yang diperlukan.
Kami dapat menyampaikan mesej kepada usahawan-usahawan PKS dan usahawan yang ada di seluruh Malaysia melalui tunjuk ajar Ahli Lembaga Penasihat kami yang cukup berkaliber.
Apakah yang boleh dilakukan oleh PKS untuk terus maju dan menyumbang kepada ekonomi negara?
Bidang keusahawanan adalah satu bidang yang mencabar di peringkat global pada masa kini. Kita haruslah merangka strategi serta kaedah terkini yang berkesan supaya dapat diaplikasikan kepada individu yang terkesan dalam aspek tertentu. Sebagai seorang usahawan anda perlu mempunyai satu sikap yang jitu dan pemikiran kritis yang berpandangan jauh.
Siapakah di antara pemenang Anugerah SEBA sebelum ini dan bagaimanakah impak kepada perniagaan mereka sejurus mendapat pengiktirafan SEBA?
Anthony Tan, dari Grab telah memenangi Kategori Usahawan Terbaik Tahun 2017 dan 2018. Syarikat beliau telah berkembang dengan jayanya apabila beliau telah memenangi anugerah tersebut.Beliau kini menjadi contoh dan juga inspirasi kepada ramai usahawan di luar sana.
Tambahan lagi, Kamarul A. Mohamed dari Aerodyne Group juga telah dianugerahkan Technoprenuer pada 2019, dan juga Tokoh Usahawan pada 2020. Aerodyne telah dimulakan dengan hanya tenaga kerja seramai tiga orang dan kini ia dikenali sebagai syarikat teknologi yang berdaya saing di peringkat global.
Selain itu, Jiun Ee Teoh dan Eric Cheng, daripada Carsome Malaysia telah memenangi Technopreneur of the Year 2020.
Kami telah melihat potensi mereka tahun lalu dan mereka bergerak serentak dengan kerjasama bersama iCar dan Catcha Group secara aktif.
Justeru itu, mereka juga telah mengambil cabaran dan menceburkan diri dalam pasaran yang lebih luas dan membuat sasaran sebanyak AS$1 bilion (RM4.17 bilion) setahun.
Selain itu, Pengasas Bersama Catch Group, Patrive Groove juga merupakan penerima anugerah SEBA. Beliau telah dinobatkan sebagai Usahawan Terbaik Tahun 2017/2018. – UTUSAN










