Rizab antarabangsa BNM meningkat - Utusan Malaysia

Rizab antarabangsa BNM meningkat

1mdb
MPC memutuskan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas setelah mengambil kira prospek pertumbuhan dalam negara yang terus berdaya tahan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$116.3 bili­on (RM538.798 bilion) pada 30 Ogos 2021.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata, paras rizab yang lebih tinggi mencerminkan peruntukan tambahan Hak Pengeluaran Khas (SDR) kepada Malaysia berjumlah SDR3.5 bilion bersamaan AS$5 bilion (RM20.77 bilion) oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Peruntukan SDR ini akan menyediakan mudah tunai tambahan kepada sistem kewangan global, memperkukuh rizab, meningkatkan keyakinan, serta memperkuat daya tahan ekonomi dunia,” katanya.

Menurut BNM, paras rizab memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Jelasnya, aset terdiri daripa­da emas dan pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM483.596 bilion), kertas kerajaan (RM11.119 bilion), deposit dengan institusi kewang­an (RM841.624 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM21.767 bilion), tanah dan bangunan (RM4.163 bilion) dan aset-aset lain (RM15.31 bilion).

Sementara itu, modal dan liabiliti BNM pula terdiri daripada modal berbayar (RM10 juta), rizab (RM185.347 bilion), mata wang dalam edaran (RM143.841 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM143.442 bilion), deposit oleh Kerajaan Persekutuan (RM13.429 bilion), lain-lain deposit (RM8.729 bilion), kertas Bank Negara (RM7.867 bilion), peruntukan SDR (RM28.842 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.199 bilion).

Pada Ogos lalu, BNM mengumumkan rizab antarabangsa naik kepada AS$111.3 bilion (RM468.34 bilion) pada 13 Ogos 2021 daripada AS$111.1 (RM461.51 bilion) bilion pada 30 Julai 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN