RichWorks sediakan 300 usahawan PKS ke peringkat IPO - Utusan Malaysia

RichWorks sediakan 300 usahawan PKS ke peringkat IPO

SEBAHAGIAN daripada lebih 300 usahawan jutawan mengikuti bimbingan Mentor Usahawan, Dr. Azizan Osman secara virtual dalam Inner Circle Meeting (ICM) ke-18 anjuran RichWorks yang diadakan dari 13 hingga 16 September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menyediakan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah program mentoring, Titanium pergi ke peringkat lebih tinggi malah antarabangsa.

Pengerusi RichWorks dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, langkah tersebut antaranya dapat direalisasikan dengan pengeluaran tawaran awam permulaan (IPO) agar syarikat mereka disenaraikan di bursa saham yang dikawal selia.

Katanya, bagaimana pun bukan mudah untuk sesebuah syarikat dapat disenaraikan jika tidak betul asas dan pengurusan perakaunan mereka.

“Dalam masa sama, untuk memperluaskan bisnes, soal digital perlu diterima supaya dapat melakukan transformasi berkaitan.

“Jika mereka tak membawa pendigitalan dalam bisnes, banyak kesan negatif yang boleh dialami seperti ketinggalan berbanding pesaing lain, sukar bertahan dan berkembang dengan pantas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

DR. AZIZAN OSMAN

Pada 13 September hingga Khamis lalu, Dr. Azizan bersama lebih 300 usahawan jutawan dalam Inner Circle Meeting (ICM) anjuran RichWorks, khusus buat ahli Titanium bagi menyediakan mereka mengharungi suku keempat tahun ini dan 2022.

Tambah beliau yang berpengalaman meluas membimbing usahawan pelbagai industri, hendak menang dalam pasaran masa ini perlu membantu lebih ramai orang dengan lebih cepat.

“Sebab itu, sangat penting perancangan dalam bisnes yang mana adakala hanya melaluinya anda boleh menang.

“Perancangan, strategi dan visi perlu ada buat jangka masa panjang dengan impian yang besar,” ujarnya.

Sementara itu, Dr. Azizan juga mengajak usahawan PKS terutama mereka dalam peringkat ‘growing’ dan ‘expansion’ untuk hadir ke program Titan Summit – 10x Bina Bisnes Berjaya secara percuma pada 24 hingga 26 September ini.

“Titan Summit akan menghimpunkan 100 daripada lebih 300 usahawan jutawan di RichWorks berkongsikan kisah perjalanan mereka untuk peserta pelajari.

“Kisah jatuh bangun, cabaran bisnes ketika pandemik dan perkara betul dilakukan bersama tindakan hingga bukan sahaja bertahan malah berkembang lagi,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web richworks.com/titansummit/utusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya