Persaingan pasaran: Australia tolak perjanjian Qantas-Japan Airlines - Utusan Malaysia

Persaingan pasaran: Australia tolak perjanjian Qantas-Japan Airlines

KERJASAMA antara Qantas dan JAL dijangka menyukarkan syarikat penerbangan lain untuk bersaing bagi laluan Australia-Jepun. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Australia menolak kelulusan Qantas Airways dan Japan Airlines (JAL) untuk menyelaraskan penerbangan antara kedua-dua negara dengan alasan bimbang terhadap persaingan memandangkan per­jalanan antarabangsa akan dibuka semula.

Pengerusi Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC), Rod Sims berkata, pengawal selia tidak berpuas hati kerana faedah umum daripada perjanjian perniagaan bersama itu lebih banyak berbanding bahaya persaingan.

“Memelihara persaingan an­tara syarikat adalah kunci untuk pemulihan jangka panjang sektor penerbangan dan pelancongan, setelah sekatan perjalanan antarabangsa reda.

“Perjanjian yang memboleh­kan syarikat penerbangan menyelaraskan harga dan jadual, akan menyebabkan syarikat penerbangan lain sukar untuk beroperasi di laluan antara Australia dan Jepun,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, menurut pengawal selia, Virgin Austra­lia memberitahu ACCC, pasti akan lebih sukar untuk memasuki laluan Australia-Jepun jika perlu bersaing dengan Qantas dan JAL yang bertindak bersama-sama dan bukan sebagai syarikat penerbangan persaingan individu.

Jurucakap JAL bagaimanapun berkata, keputusan itu amat dikesali.

“Kami yakin hubungan itu dapat membantu pemulihan rangkaian kami dengan lebih lancar dan demi kepentingan umum.

“Kami akan berbincang dengan Qantas apa yang harus dilakukan seterusnya,” katanya.

Qantas Airways tidak segera memberi komen terhadap per­kara tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN