Peluang menang jongkong emas - Utusan Malaysia

Peluang menang jongkong emas

PEMBELI berpeluang memenangi jongkong emas dengan membeli baucar Goldenaire RM10 dan menebus di shopMyairports.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sempena ulang tahun pertama shopMYairports dan kempen Are You The Goldenaire, Malaysia Airports Hol­dings Berhad (MAHB) menawarkan jongkong emas seberat 200 gram kepada pembeli bertuah.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial MAHB, Hani Ezra Hussin berkata, kumpulan itu turut menawarkan hadiah bulanan jongkong emas 2.5 gram bernilai sehingga RM100,000.

“Pembeli boleh mengambil bahagian dalam pertandingan itu bermula dari September 2021 hingga 28 Februari 2022 dengan membeli baucar membeli-belah Goldenaire bernilai RM10 dan menebusnya di platform e-dagang shopMyairports.

“Kempen tersebut diadakan sempena ulang tahun pertama shopMyairports. Sejak dilancarkan pada September tahun lalu, shopMyairports mencapai pertumbuhan jualan tambahan bulanan sekitar 50 peratus dan menarik lebih dia juta pengunjung dalam talian,” katanya dalam kenyataan.

Malah, ujarnya, siri promosi dalam talian yang dilaksanakan MAHB pada 2020 juga menyumbang kepada peningkatan penjualan, khususnya sempena Boxing Day, yang memberikan purata jualan harian sebanyak 58 kali ganda dan purata pesanan harian 38 kali ganda.

Hani memberitahu, sepanjang tahun lalu juga, shopMyairports telah memberikan sokongan kepada peruncit meningkatkan jualan melalui pengalaman membeli-belah di lapangan terbang untuk pelancong dan bukan pelancong.

Katanya, sokongan pemasaran komprehensif turut diberikan oleh MAHB bagi memastikan jangkauan maksimum kepada peruncit.

“ShopMyairports adalah sa­lah satu inisiatif utama kami untuk menghidupkan semula industri runcit lapangan terbang tempatan.

“Platform itu terbukti dapat membantu rakan runcit lapangan terbang kami menyesuaikan diri dengan persekitaran perniagaan baharu dan membolehkan mereka menyediakan produk serta perkhidmatan terbaik kepada pembeli.

“Kami percaya platform ter­babit akan terus memperkasakan peruncit dan pembeli dengan pengalaman runcit lapangan terbang dalam talian yang terbaik,” jelasnya.

Bagi memberikan pengalaman yang lebih meluas, shopMYairports kini sudah tersedia untuk penghantaran antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN