PETALING JAYA: Syarikat logistik berkeupayaan teknologi, Ninja Van mengumumkan kejayaannya mengumpulkan dana sebanyak AS$578 juta (RM2.42 bilion) menerusi pusingan pendanaan Siri E. Pusingan pendanaan terbaharu itu melibatkan penyertaan para pelabur sedia ada termasuk Geopost/DBPgroup, B Capital Group, Monk’s Hill Ventures dan Zamrud, sebagai entiti yang dikaitkan dengan dana kejayaan berdaulat Asia Tenggara. Menurut Ninja Van, Alibaba Group, syarikat induk Lazada, turut menyertai pusingan berkenaan. “Dana daripada pusingan pelaburan ini akan…










