PETALING JAYA: Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Julai 2021 berjumlah RM119.80 bilion, tumbuh sebanyak 0.6 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM). Nilai jualan tersebut bagaimanapun menurun 3.6 peratus jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan nilai jualan bulan dilaporkan dipacu oleh subsektor produk petroleum, kimia, getah dan plastik sebanyak 42.3 peratus, terutamanya dalam industri pembuatan kok…










