MR D.I.Y. terima tiga anugerah korporat Alpha SEA - Utusan Malaysia

MR D.I.Y. terima tiga anugerah korporat Alpha SEA

ANUGERAH tersebut hasil keputusan tinjauan persepsi yang menilai syarikat berdasarkan prestasi mereka dalam pelbagai aspek termasuk pengurusan kewangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MR D.I.Y. Group (M) Berhad menerima tiga anugerah di Anugerah Korporat Pelabur Institusi ke-11 Alpha SEA minggu lalu, selepas hanya setahun disenaraikan di Bursa Malaysia.

Syarikat tersebut dinobatkan sebagai penerima anugerah Hubungan Pelabur Paling Teratur dan Sokongan Pengurusan Senior IR Terbaik sementara Naib Presiden Kanan Kewangannya, Lim Chen Hwee, dinobatkan sebagai CFO Terbaik di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adrian Ong berkata, pengiktirafan tersebut adalah hasil usaha kolektif pasukan yang berdedikasi dan mengamalkan komunikasi secara menyeluruh, jelas, tepat dan maklumat yang relevan kepada pihak berkepentingan utama.

“Walaupun berdepan pelbagai cabaran berkomunikasi melalui wabak, kami dapat mengatasinya dengan baik dan saya amat berbangga dengan mereka.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti pelaburan atas cerminan keyakinan ini, walaupun kami baru sahaja disenaraikan di Bursa pada Oktober 2020,” katanya dalam kenyataan.

Anugerah tersebut hasil keputusan tinjauan persepsi yang menilai syarikat berdasarkan prestasi mereka dalam kewangan pengurusan, kepatuhan terhadap tadbir urus korporat, pelaporan bersepadu, tanggungjawab sosial korporat dan hubungan pelabur.

Undian dikumpulkan daripada 502 pelabur dan penganalisis, yang memilih pelbagai kategori untuk memutuskan syarikat disenaraikan awam di seluruh Asia Tenggara.

Melangkah ke hadapan, Adrian menegaskan, fokus syarikat adalah untuk terus memberikan nilai kepada pihak berkepentingan.

“Kami sedar nilai jangka panjang Kumpulan akan ditentukan oleh kemampuan kami untuk memberikan produk yang berpatutan sesuai dengan moto kami ‘Sentiasa Harga Rendah’, dan kepada pasaran seluas mungkin.

“Kami ingin melakukan ini dengan mendorong pertumbuhan dan mempertahankan fokus pada kawalan kos dan kecekapan operasi. Anugerah seperti ini memberi inspirasi kepada kami untuk terus melakukannya,” tambahnya.

MR D.I.Y. baru-baru ini dinobatkan sebagai satu daripada empat penerima anugerah Syarikat Terurus Terbaik 2021 oleh Deloitte Private sebagai penghargaan atas kejayaan dan kecemerlangan organisasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN