PETALING JAYA: Berita baik kepada hampir 15,000 pelajar Universiti Malaya (UM) yang bakal kembali ke kampus Oktober ini. MR D.I.Y. akan menyumbangkan RM300 kepada setiap pelajar bagi membantu mereka membeli barangan keperluan untuk kembali meneruskan pengajian di kampus. Program #DIY4UM melibatkan pengedaran bantuan tunai sebanyak RM4.5 juta yang dilaksanakan dengan usaha sama Touch ‘n Go melalui platform eWalletnya. Bantuan tunai itu akan diberikan melalui Touch ‘n Go eWallet mereka dalam…










