PETALING JAYA: Tiga pelanggan bertuah Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol) masing-masing menerima wang tunai RM33,333 dan 100,000 ePoints setelah memenangi kategori Hadiah Utama peraduan Grand Finale Mudah Menang.
Tiga lagi pelanggan memenangi kategori Hadiah Khas dan membolehkan masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,333 dan 30,000 ePoints.
Pemenangnya kategori Hadiah Utama adalah Mustaqim Ibrahim dari Serendah, Selangor; Pang Jik Ing dari Ayer Tawar, Perak dan Pua Shiau Lin dari Petaling Jaya.
Pemenang kategori Hadiah Khas pula terdiri daripada Chin Yee Wah dari Bukit Tengah, Pulau Pinang; Kumaran A/L Kuppusamy dari Banting, Selangor dan Mohd. Siraz Rameli dari Shah Alam, Selangor.
Semua pemenang menerima hadiah dalam upacara secara maya yang diadakan oleh BHPetrol, baru-baru ini.
Bercakap pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Leslie Ng berkata, peraduan tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada pemasaran syarikat yang sedang menjalankan aktiviti bagi menimbulkan minat dan kesedaran untuk semua produk dan kemudahan petroleum perkhidmatan runcit yang tersedia di 400 stesen BHPetrol di seluruh negara.
“BHPetrol menganjurkan program dan pertandingan pemasaran berkala dan menarik untuk semua pelanggan kami bagi memberi penghargaan atas sokongan dan kesetiaan mereka. Nantikan promosi hebat yang akan datang tidak lama lagi,” katanya.
Acara maya itu dihadiri oleh para pemenang dan juga pengurusan tertinggi BHPetrol termasuk Pengurus Besar Kanan Bekalan, Runcit, Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Kerajaan, Ir. Azizul Azily Ahmad dan Pengurus Besar Pemasaran, Lawrence Chuah.
BHPetrol turut menyampaikan hadiah bulanan iaitu sebuah telefon pintar Apple iPhone 12 64GB dan Apple iPad Gen 8 serta hadiah mingguan 100,000 ePoints kepada tiga pemenang untuk setiap minggu.
Untuk menyertai pertandingan ini, pelanggan BHPetrol perlu membeli petrol atau diesel produk di mana-mana stesen perkhidmatan BHPetrol dan barangan dari BHPetromart yang mengambil bahagian.
Setiap pembelian mesti disertai dengan pendaftaran eCard yang sah atau diimbas menggunakan aplikasi mudah alih eCard, dan hanya berbelanja sebanyak RM30 untuk satu penyertaan. – UTUSAN








