KWSP catat pendapatan pelaburan RM34.05 bilion separuh pertama 2021 - Utusan Malaysia

KWSP catat pendapatan pelaburan RM34.05 bilion separuh pertama 2021

kwsp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM34.05 bilion pada separuh pertama tahun ini, berakhir 30 Jun lalu, peningkatan sebanyak RM6.79 bilion atau 25 peratus daripada RM27.26 bilion tempoh sama 2020.

Jumlah pendapatan pelaburan kasar dana pencen itu untuk suku kedua 2021 berjumlah RM14.77 bilion, RM0.35 bilion lebih rendah daripada RM15.12 bilion dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Menurut KWSP, ekuiti terus menjadi penyumbang utama pendapatan sebanyak RM7.89 bilion, merangkumi 53 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya