Kurangkan cukai ‘umpan’ pelaburan AS$17 bilion Samsung - Utusan Malaysia

Kurangkan cukai ‘umpan’ pelaburan AS$17 bilion Samsung

PELABURAN besar Samsung bakal mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Amerika Syarikat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Bandar Taylor di sini, bercadang menawarkan penge­cualian cukai hartanah yang tinggi kepada Samsung Electro­nics jika syarikat teknologi Korea Selatan itu membina kilang cip­nya dianggarkan bernilai AS$17 bilion (RM70.46 bilion).

Selain Taylor, bandar Austin turut bersaing bagi merebut pelaburan oleh Samsung yang dijangka bakal mewujudkan kira-kira 1,800 pekerjaan baharu.

Samsung dilaporkan turut meninjau peluang di beberapa wilayah lain di Arizona dan New York. Bagaimanapun tiada pendedahan dibuat mengenai lokasi terbabit.

Berdasarkan cadangan yang dipaparkan di laman web bandar berkenaan, untuk tanah yang akan digunakan oleh Samsung, ia ditawarkan geran setara dengan 92.5 peratus daripada cukai hartanah yang dinilai selama 10 tahun, diikuti 90 peratus untuk 10 tahun berikutnya dan 85 peratus lagi bagi tempoh 10 tahun selepas itu.

Cadangan lain termasuk pengecualian cukai 92.5 peratus ke atas hartanah baharu yang dibina di tapak terbabit untk tempoh selama 10 tahun dan pembayaran balik kos kajian pembangunan.

“Cadangan tersebut akan dipertimbangkan oleh Pesuruhjaya Daerah Williamson,” jelas satu laporan.

Tapak yang ditawarkan oleh Taylor terletak kira-kira 40 kilometer dari Austin. Ia berukuran 4.81 kilometer persegi, jauh lebih besar daripada keluasan Austin.

Samsung tahun lalu telah membeli lebih 250 ekar tanah di Austin, tambahan kepada 350 ekar tanah yang dimilikinya, termasuk menempatkan satu-satunya kilang cip syarikat itu di AS.

“Sekiranya Samsung memutuskan untuk memilih Taylor, ia merancang untuk melakukan kerja pecah tanah pada suku pertama tahun depan dengan pengeluaran dijadual bermula pada akhir 2024,” menurut pegawai negeri Texas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN