Kekurangan cip jejaskan jualan kenderaan global - Utusan Malaysia

Kekurangan cip jejaskan jualan kenderaan global

PENGELUARAN cip semikonduktor dijangka mengambil masa lebih panjang untuk pulih berikutan penularan pandemik Covid-19. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kekurangan cip semikonduktor dijangka menjejaskan jualan syarikat pengeluar kenderaan global sebanyak AS$210 bilion (RM879.27 bilion) pada tahun ini.

Menurut AlixPartners, pengeluaran kenderaan global pada tahun ini dijangka berkurangan sebanyak kira-kira 7.7 juta disebabkan krisis cip.

Jumlah itu hampir dua kali ganda unjuran yang dibuat oleh konsultan sebelum ini iaitu pengurangan pengeluaran sebanyak 3.9 juta kenderaan.

Ia adalah anggaran ketiga yang dikeluarkan oleh AlixPartners mengenai kesan kekurangan cip kepada kewangan syarikat automotif. Pada Januari, kekurangan cip dijangka memberi kesan sebanyak AS$61 bilion (RM255.41 bilion), namun jumlah itu dinaikkan kepada AS$110 bilion Mei (RM460.57 bilion).

Walaupun usaha berterusan dibuat untuk mempertahankan rantaian bekalan, namun kekurangan semikonduktor bertambah buruk kerana syarikat tidak mempunyai stok ekzos kenderaan dan untuk industri lain.

“Tong itu kosong, tidak ada yang tersisa untuk dikikis. Untuk masa hadapan, penjualan akan merosot. Penjualan tidak mengalami kerugian kerana terdapat cukup banyak inventori untuk diambil. Namun, ia sudah tidak ada lagi,” kata Pengarah Urusan dan Latihan Industri AlixPartners, Dan Hearsch dalam satu wawancara.

Pengeluar kenderaan telah memberi amaran masalah tersebut sebelum ini kerana ia boleh menjejaskan pendapatan pada suku ketiga. Unit trak Volkswagen AG, Traton SE adalah syarikat terakhir yang `membunyikan’ amaran mengenai perkara itu Selasa lalu.

Pembekal utama di Asia Tenggara telah menutup kilang mereka disebabkan penularan pandemik Covid-19. Ia memerlukan selama 21 minggu untuk memenuhi pesanan cip dan eksekutif automotif menyatakan kekurangan akan berlaku untuk tempoh lebih lama.

“Kekurangan ini untuk tempoh yang agak lama dan akan dirasai oleh industri. Ia belum berakhir. Ia melibatkan banyak tempat dan membabitkan hampir setiap orang,” kata Hearsch.

Kekurangan cip bermula pada akhir tahun lalu apabila pembuat kenderaan `mengambil mudah’ permintaan ketika sekatan pegerakan akibat pandemik mula dilonggarkan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN