Johor Port semarak cintakan negara - Utusan Malaysia

Johor Port semarak cintakan negara

MD Derick Basir melekatkan Jalur Gemilang pada sebuah lori mengangkut kargo di Johor Port.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Port Berhad (Johor Port), ahli Kumpulan MMC, telah melancarkan program “JPB Semarak Merdeka 2021”, bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Program itu ialah kempen kibar Jalur Gemilang untuk membantu menyebarkan semangat patriotik sambil mendorong orang ramai untuk turut mengibarkan Jalur Gemilang.

Sebagai sebahagian daripada program tersebut, Johor Port telah mengedarkan Jalur Gemilang mini kepada pengguna-pengguna Pelabuhan dan agensi-agensi kerajaan yang beroperasi di Pelabuhan Serbaguna itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port, Md Derick Basir berkata, sebagai pelabuhan serbaguna pintu masuk serbaguna di selatan negara, Johor Port menunjukkan rasa banggsa sebagai rakyat Malaysia dan untuk menunjukkan soladiriti kepada Malaysia dalam tempoh yang mencabar ini.

“Oleh itu, kami telah mengibarkan Jalur Gemilang di dalam Pelabuhan untuk meraikan dan memperingati bulan Kebangsaan ini.” katanya.

Johor Port mengambil bahagian secara aktif pada sambutan bulan Kebangsaan dan
pada tahun-tahun sebelum ini.

Pada kali ini, Johor Port mendedikasikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kepada dedikasi dan ketekunan semua rakyat Malaysia dan kerajaan dalam menangani wabak Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN