PETALING JAYA: Johor Port Berhad (Johor Port), ahli Kumpulan MMC, memberi makanan percuma kepada golongan gelandangan dan yang memerlukan melalui `Program Bantuan Makanan Johor Port’, baru-baru ini. Menurut Johor Port, program dianjurkan bagi membantu meringankan kesukaran yang dihadapi oleh golongan terbabit, membabitkan sumbangan pek makanan termasuk nasi, pelbagai hidangan protein, sayur-sayuran dan air mineral. Jelasnya, agihan pek makanan telah dibuat selama seminggu bermula 20 Ogos lalu di Jalan Dataran Larkin…










