IP: China ancam larang laman web e-dagang - Utusan Malaysia

IP: China ancam larang laman web e-dagang

PIHAK berkuasa China mendakwa syarikat e-dagang terlibat dalam perniagaan menjual produk tiruan dan cetak rompak. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China merancang untuk memperketat pengawasan terhadap syarikat e-dagang seperti Alibaba Group Holding Ltd. dan Pinduoduo Inc. (PDD), termasuk mendakwa mereka atas pelanggaran harta intelek (IP).

Platform e-dagang akan dilarang daripada menjalankan operasi perniagaan dalam talian bahkan lesen berisiko dibatalkan sekiranya mereka gagal menangani pelanggaran serius hak IP oleh vendor di platform mereka, menurut draf semakan undang-undang e-dagang Amerika Syarikat (AS) yang disiarkan.

Badan peneliti pasaran mencari pendapat mengenai draf semakan hingga 14 Oktober.

Syarikat-syarikat China telah lama mempunyai masalah mengenai tuduhan bahawa mereka membenarkan barang cetak rompak atau tiruan diperdagangkan melalui laman web mereka.

Pada 2019, kerajaan AS menambah PDD ke dalam senarai ‘Notorious Market’ kerana menjadi tuan rumah bagi barang cetak rompak, bergabung dengan Alibaba dan firma China lain di bawah label itu.

PDD dan Alibaba Taobao juga berada dalam senarai 2020 yang dikeluarkan pada Januari.

“Pedagang mendapati sistem penghapusan Pinduoduo kadang-kadang tidak responsif dan lambat mengeluarkan barang cetak rompak yang dikenal pasti,” kata pejabat Perwakilan Perdagangan AS dalam laporannya.

Saham Alibaba turun sebanyak 2.3 peratus dalam sesi dagangan di Hong Kong, semalam sementara PDD meningkat 5 peratus di New York.

PDD juga telah menghadapi masalah IP di China. Dokumen mahkamah Shanghai menunjukkan ratusan cabaran undang-undang terhadap syarikat berkenaan pelanggaran hak cipta atau pendaftaran tanda dagang.

Pengasas bersama Alibaba, Jack Ma pernah mengatakan kesukaran untuk ‘membersihkan’ barang tiruan di platform syarikat kerana ia sangat berkualiti.

“Masalahnya, produk tiruan hari ini mempunyai kualiti lebih baik dengan harga lebih berpatutan berbanding produk sebenar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN