PETALING JAYA: Hong Leong Bank (HLB) mengambil inisiatif menganjurkan Hari Perniagaan Digital HLB bagi membantu perniagaan di Malaysia memperkenalkan strategi dan penyelesaian digital. Dengan tema ‘Mentransformasikan Perniagaan Anda dalam Era Digital’, persidangan digital itu juga akan membantu perniagaan memanfaatkan penyelesaian dan strategi digital bagi terus memacu pertumbuhan perniagaan dan kelebihan kompetitif. Pengarah Urusan Perbankan Korporat Perniagaan HLB, Yow Kuan Tuck berkata, teknologi digital telah mengubah cara perniagaan dijalankan dengan pantas,…










