PETALING JAYA: Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin dilantik Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober 2021. Menurut TNB, Hasan, 68, akan menggantikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang dilantik menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar bermula 30 Ogos lalu. Jelasnya, bekas Timbalan Menteri Pahang itu telah dilantik menjadi Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad tahun lalu. Hasan juga katanya, pernah menyandang jawatan Pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri…










