GM Klang rai kepelbagaian dan perpaduan Malaysia  - Utusan Malaysia

GM Klang rai kepelbagaian dan perpaduan Malaysia 

PENGANJURAN kempen bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. - GAMBAR/GM KLANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Diiktiraf sebagai Duta Pelancongan Bandar Klang, GM Klang merupakan pusat borong terbesar di Malaysia dan pusat borong antarabangsa paling komprehensif di Asia Tenggara.

Dengan kapasiti 2,500 kedai di bawah satu bumbung, pusat borong itu menawarkan pelbagai barangan tempatan dan antarabangsa secara borong dan runcit selain dilengkapi pelbagai kemudahan yang selesa, restoran termasuk tempat menarik yang sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga sambil membeli-belah.

Mengangkat semangat dari rakyat untuk rakyat, GM Klang menempatkan 90 peratus peniaga tempatan dan menawarkan pengalaman istimewa kepada pelanggan dengan variasi produk tempatan dan antarabangsa yang berkualiti.

ANTARA produk yang boleh didapati di GM Klang.

Menurut pusat beli-belah itu, pelbagai rangkaian produk boleh ditemui di situ baik untuk peniaga mahupun masyarakat biasa. Boleh dikatakan, pusat borong ini mencerminkan kepelbagaian yang merupakan salah satu ciri unik Malaysia sebagai sebuah negara.

Selain tawaran pelbagai produk, GM Klang juga menjadi tumpuan buat mereka yang mencari peluang pekerjaan mahukan pengalaman menjadi sebahagian daripada platform hab perdagangan antarabangsa yang unik.

Dengan segala keistimewaan yang ditawarkan, GM Klang berazam untuk memupuk semangat dan ilmu perniagaan kepada semua rakyat Malaysia yang berminat.

Tidak cukup dengan itu, pusat borong terkenal itu mengorak satu lagi langkah untuk berjasa kepada negara dengan penganjuran kempen #SatuHatiSatuSuara yang dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan masyarakat bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

BUDAYA kerja unik yang diamalkan di GM Klang, memacu pertumbuhan pusat borong berkenaan.

Menurut GM Klang, kempen itu juga bertujuan menzahirkan penghormatan dan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus berjuang melawan pandemik Covid-19.

Kempen yang dijalankan secara dalam talian ini menawarkan hadiah menarik dengan syarat penyertaan yang mudah.

Peserta hanya perlu mengambil gambar bertemakan keunikan Malaysia dan memuat naik gambar tersebut dalam media sosial masing-masing bersama kapsyen kreatif + tag @gmklang  dan tanda pagar #SatuHatiSatuSuara serta #MalaysiaPrihatin.

Pemenang paling kreatif berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500 manakala 10 pemenang bertuah lain yang terpilih layak menerima insentif beli-belah GM Klang berjumlah RM300.

Menurut GM Klang, kempen itu mendapat sokongan daripada Jabatan Penerangan Malaysia (Japen), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor.

Bagi memeriahkan kempen, GM Klang turut melancarkan satu lagu khas #SatuHatiSatuSuara yang diubah suai secara eksklusif daripada lagu tema GM Klang sendiri.

Lagu tersebut mendapat sentuhan gubahan oleh juara Battle of the Band Gempakarnival 2019 iaitu Merchant of Mercury.

GM Klang menawarkan pelbagai barangan keperluan pada harga borong dan runcit.

GM Klang berharap, lagu yang membawa mesej perpaduan rakyat Malaysia dalam memerangi pandemik itu dapat menyuntik semangat #SatuHatiSatuSuara buat seluruh rakyat Malaysia.

Kempen tersebut telah bermula pada 20 Ogos lalu dan akan berakhir pada 20 September ini.

Buat mereka yang berminat untuk menyertai kempen tersebut, segala maklumat boleh diperolehi dari media sosial GM Klang di Facebook dan Instagram (@gmklang) selain laman web rasmi pusat borong itu sendiri, gmklang.com.

Melalui kempen ini, GM Klang mahu menyampaikan satu mesej buat seluruh rakyat Malaysia: Sematkan semangat perpaduan dalam diri kita walaupun terdapat perbezaan pendapat dan kepercayaan! – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya