BEIJING/TOKYO: China akan bertindak bagi memastikan krisis Evergrande Group di negara itu tidak menjadi ‘detik Lehman’, namun beberapa bank mungkin akan menjadi mangsa.
Penganalisis Citigroup Inc. berkata, pembuat polisi di China berkemungkinan mempertahankan kepentingan menghalang risiko sistematik bagi mendapatkan masa untuk menyelesaikan risiko hutang dan menggalakkan kelonggaran marginal untuk keseluruhan persekitaran kredit.
‘Detik Lehman’ merujuk kepada kemu isan rma perbankan Amerika Syarikat (AS), Lehman Brothers pada September 2008 yang menjadi kemuncak krisis subprima di negara tersebut.
Kemuflisan terbesar dalam sejarah AS itu menunjukkan bagaimana detik kejatuhan sebuah entiti mampu memberi kejutan kepada ekonomi secara sejagat.
Kebimbangan pelabur tentang Evergrande dan tindakan keras terhadap sektor hartanah China menyebabkan tindak balas berantai di sepanjang aset risiko global minggu ini, sehingga melibatkan saham yang tidak mempunyai kaitan ketara dengan China.
Menurut analisis Citigroup terhadap pendedahan pinjaman bank kepada pemaju berisiko tinggi menunjukkan risiko kredit adalah tertinggi untuk China Minsheng Banking Corp., Ping An Bank Co. dan China Everbright Bank Co.
Beberapa bank lain seperti Bank of Nanjing Co., Chongqing Rural Commercial Bank Co. dan Postal Savings Bank of China Co. pula kurang rapuh dan penganalisis menganggap apa-apa kejatuhan nilai terhadap institusi tersebut sebagai peluang untuk pembelian nama-nama berkualiti.
Sementara itu, menurut laporan Reuters, pasaran saham dunia mengalami kejutan akibat krisis Evergrande apabila pelabur melepaskan aset berisiko dengan indeks saham di Asia dan AS mengalami kejatuhan signi kan.
Indeks Nikkei di Jepun jatuh dua peratus sementara indeks penanda aras MSCI Asia Pasifik di luar Jepun merosot 0.2 peratus.
ACWI MSCI menyusut 0.13 peratus, sehari selepas indeks itu kehilangan 1.63 peratus, kejatuhan terbesarnya dalam tempoh dua bulan. – AGENSI











