Covid: AIA tawar perlindungan pendapatan hospital untuk kanak-kanak, ibu hamil - Utusan Malaysia

Covid: AIA tawar perlindungan pendapatan hospital untuk kanak-kanak, ibu hamil

BEN NG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AIA Malaysia mengumumkan tawaran perlindungan pendapatan hospital Covid-19 percuma untuk kanak-kanak dan ibu hamil yang semakin terdedah kepada Covid-19.

Menurut AIA, perlindungan percuma itu menyediakan pendapatan hospital sehingga RM150 sehari sehingga maksimum 14 hari sekiranya mereka disahkan positif Covid-19 dan dimasukkan ke hospital.

Jelasnya, tawaran itu terbuka kepada kanak-kanak berusia 17 tahun dan ke bawah serta ibu hamil, termasuk pelanggan AIA sedia ada, tanpa perlu mendaftar untuk sebarang pelan baharu.

“Tawaran ini datang pada masa Malaysia mencatat peningkatan kes Covid-19 yang ketara dalam kalangan kanak-kanak dan ibu hamil,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Berhad, Ben Ng berkata, pada Jun lalu, syarikat telah menawarkan perlindungan Covid-19 percuma akibat kesan sampingan vaksinasi dan untuk kuarantin di rumah kepada rakyat Malaysia.

Namun, katanya, syarikat menyedari ramai ibu hamil dan kanak-kanak masih terdedah kepada penyakit berjangkit tersebut.

“Kami memahami kebimbangan para ibu bapa berkenaan kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka ketika musim pandemik dan ingin memainkan peranan kami untuk membantu melindungi
golongan rentan ini.

“Adalah menjadi harapan kami perlindungan pendapatan hospital ini dapat memberikan ketenangan fikiran kepada lebih ramai keluarga ketika mengharungi tempoh sukar ini,” katanya.

Menurut AIA, perlindungan pendapatan hospital itu tersedia sehingga 30 Disember 2021, atau sehingga jumlah had tuntutan mencecah RM1 juta, mana yang dahulu serta tertakluk kepada terma dan syarat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN