Bursa didagangkan lebih rendah pada sesi pagi - Utusan Malaysia

Bursa didagangkan lebih rendah pada sesi pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia menamatkan sesi dagangan sebelah pagi ini pada paras yang rendah selepas mengalami kejatuhan 9.32 mata atau 0.58 peratus kepada 1,592.06 mata, daripada 1,601.38 mata kelmarin.

Terdahulu, Bursa dibuka sedikit tinggi iaitu peningkatan 2.05 mata kepada 1,603.43 namun ia mengalami aliran turun naik antara 1,590.87 dan 1,604.98 mata di sepanjang sesi dagangan.

Setakat pukul 12.30 tengah hari, sebanyak 388 kaunter untung, 581 rugi sementara 380 tidak berubah dan 869 lagi kaunter tidak diniagakan.

Semalam pakar ekonomi berkata, meskipun Bursa Malaysia dan ringgit telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini, namun risiko jangkitan varian Delta Covid-19 masih menular dan boleh memberi impak negatif terhadap ekonomi.

Penganalisis Bank Islam Malaysia Berhad, Adam Mohamed Rahim berkata, Bursa Malaysia dijangka akan didagangkan antara 1,590 hingga 1,610 mata pada minggu ini manakala ringgit pula dijangka diniagakan antara RM4.16 hingga RM4.18 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN