PETALING JAYA: Bursa Malaysia menamatkan sesi dagangan sebelah pagi ini pada paras yang rendah selepas mengalami kejatuhan 9.32 mata atau 0.58 peratus kepada 1,592.06 mata, daripada 1,601.38 mata kelmarin. Terdahulu, Bursa dibuka sedikit tinggi iaitu peningkatan 2.05 mata kepada 1,603.43 namun ia mengalami aliran turun naik antara 1,590.87 dan 1,604.98 mata di sepanjang sesi dagangan. Setakat pukul 12.30 tengah hari, sebanyak 388 kaunter untung, 581 rugi sementara 380 tidak berubah…










